Kapten Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun mengumumkan akan menyambung pelajaran peringkat ijazah bersama Coventry University.
Beliau yang juga pemain tengah skuad kebangsaan Singapura telah ditawarkan biasiswa oleh PSB Academy.
Sementara itu, Hariss juga memaklumkan akan kekal bermain bersama skuad Harimau Selatan.
Ia sekaligus menafikan beberapa khabar angin bahawa pemain berusia 29 tahun itu akan meninggalkan pasukan juara tujuh kali Liga Super Malaysia.
“Saya sudah hampir ke kemuncak kerjaya bola sepak dan saya berharap dapat beraksi banyak tahun lagi, tetapi saya harus menyediakan diri untuk kehidupan selepas sukan.”
“Oleh demikian, saya membuat persiapan awal dengan membuat keputusan penting untuk mendapatkan pendidikan.”
“Saya harap dapat memberikan inspirasi kepada atlet muda untuk melanjutkan pelajaran semasa bergelar pemain lagi.” katanya menerusi satu makluman di laman sosialnya.
Semalam, satu hantaran di media sosialnya telah mencetus sensasi apabila dia mengumumkan telah menandatangani bersama Coventry. Ramai menganggap Hariss telah menandatangani bersama kelab yang bersaing dalam Liga Kejuaraan Inggeris, Coventry City FC.
Featured Image: AFC Champions League