Artikel

Bruno Fernandes Dikatakan Hilang Kepercayaan Kepada ‘Kepimpinan’ Ole Gunnar Solksjaer

Pemain tengah, Bruno Fernandes dikatakan telah hilang kepercayaan kepada ‘kepimpinan’ pengurus pasukan, Ole Gunnar Solksjaer di Manchester United.

Menurut wartawan Sunday Times, Duncan Castles menyebut ketidakpercayaan Bruno terhadap Solksjaer bermula selepas Red Devils dimalukan oleh Tottenham Hotspur 6-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum rehat antarabangsa, baru-baru ini.

Dalam perlawanan tersebut, Bruno juga dikeluarkan oleh Solksjaer pada separuh masa kedua. Terdapat juga yang mengatakan Bruno bertelingkah dengan pertahanan, Harry Maguire dan tidak senang dengan taktikal yang digunapakai oleh Solksjaer.

Perkara tersebut diungkapkan oleh Castles dalam satu audio siar (podcast) di The Transfer Window dimana ianya datang daripada sumber yang terdekat dengan pemain skuad kebangsaan Portugal tersebut. Dan perkara itu turut diakui oleh seorang wartawan Portugal, Goncalo Lopes.

https://twitter.com/_GoncaloLopes/status/1316332321725972480?s=20

Tambah Castles lagi, Solksjaer bukan satu-satunya perkara yang membuatkan Bruno ‘kurang bahagia’ di kem Manchester United musim ini. Malah dia turut kesal dengan urusan jendela perpindahan kelabnya.

Untuk rekod, sepanjang jendela perpindahan lalu, Manchester United hanya mendatangkan Donny Van de Beek, Alex Telles, Facundo Pellistri dan Edinson Cavani.

Kerugian Manchester United ketika jendela perpindahan lalu adalah mereka terlepas pemain sasaran utama yang beraksi bersama Borussia Dortmund iaitu Jadon Sancho.

Featured Image: Manchester United

komen