Jurulatih Singapura, Aidil Sharin Sahak Bukan Sasaran Selangor
October 16, 2020 Hafizuddin Omar

Pasukan Liga Super, Selangor menafikan ingin mendapatkan khidmat jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak bagi mengisi posisi ketua jurulatihnya.

Perkara itu dinafikan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon.

“Khabar angin menyatakan Selangor berminat untuk mendapatkan khidmat Aidil adalah tidak betul,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Dr. Johan Kamal Hamidon – Foto: FAS

Nama jurulatih berusia 43 tahun itu menjadi antara nama-nama yang dikaitkan untuk mengemudi Selangor selepas menampilkan prestasi yang memberangsangkan bersama Kedah sejak musim lalu.

Untuk musim 2019, Aidil telah membimbing Kedah menamatkan saingan liga di tangga keempat, naib juara Piala Malaysia dan juara Piala FA.

Manakala musim ini, Aidil telah memimpin Kedah menjadi naib juara CIMB Liga Super 2020 sekaligus menempah tiket ke saingan Piala AFC 2021.

Nidzam Jamil – Foto: MFL

Selain Aidil Sharin Sahak, antara nama lain yang turut dikaitkan dengan posisi ketua jutulatih Selangor ialah Nidzam Jamil.

Bagaimanapun, jurulatih Felda United itu turut menolak untuk mengemudi Selangor bagi saingan musim hadapan.

Featured Image: FA Kedah

Komen