Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak melakukan bidaan untuk menganjurkan kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun (B-23) setelah China menarik diri.
Menurut laporan New Straits Times, FAM tidak melakukan bidaan kerana badan induk bola sepak benua asia tersebut mahu menganjurkan pertandingan tersebut di negara zon asia barat.
Terdahulu Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan keputusan Persatuan Bolasepak China (CFA) menarik diri daripada menganjurkan kejohanan tersebut.
Penarikan diri itu dibuat atas alasan pertindihan jadual, kesukaran untuk menyiapkan stadium mengikut waktu untuk acara antarabangsa dan juga pandemik Covid-19.
Justeru AFC telah membuka kembali bidaan kepada sesiapa yang mahu menganjurkan kejohanan tersebut untuk edisi 2022 dan 2024.
Featured Image: Football Association of Malaysia