“Saudaraku, Insya-Allah” Ucap Ronaldo Kepada Khabib Menjelang UFC 254
October 20, 2020 Hafizuddin Omar

Penyerang Juventus dan skuad kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo memilih Khabib Nurmagomedov sebagai pemenang untuk aksi perlawanan UFC 254, hujung minggu ini.

Keyakinan itu diluahkan oleh penyerang berusia 35 tahun itu dalam satu sesi Instagram Live yang dibuatnya beberapa hari lalu ketika masih menjalani tempoh kuarantin setelah disahkan positif Covid-19.

Malah Ronaldo yang merupakan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu turut sempat mengucapkan kalimah ‘Insya-Allah’ yang bermaksud dengan izin Allah – kalimah yang sering diuacpkan oleh umat islam.

https://twitter.com/TalalAlhuthali/status/1317124149408649222?s=20

“Sudah tentu, sudah tentu Khabib. Khabib akan menang. Saudaraku, Insya-Allah!” ucapnya ketika ditanyakan mengenai pertembungan di antara Khabib dan Justin Gaethje yang akan berlangsung di Fight Island, Abu Dhabi.

Pertembungan ini pastinya menarik untuk melihat samada atlet tempur muslim kelahiran Dagestan ini mampu meneruskan rekod tanpa tewasnya dalam pertarungan seni bela diri campuran (MMA) atau tidak.

Manakala pencabarnya, Justin, 32 tahun, kelahiran Amerika Syarikat merupakan juara interim bagi kategori lightweight.

Untuk makluman, Ronaldo dan Khabib pernah bertemu muka pada tahun 2018 yang menyaksikan mereka bergambar bersama-sama sambil memegang jersi Real Madrid.

Featured Image: Cristiano Ronaldo & UFC

Komen