Artikel

KDA FC Nama Baharu, MBI Miliki 80% Pegangan Saham

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengumumkan akan menggunakan nama baharu iaitu Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) bermula saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat KFA, YB Mohd Firdaus Ahmad dalam satu sidang media yang diadakan selepas daripada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah, hari ini.

https://www.instagram.com/p/CGmNj2kpuJP/

Nama pasukan Kedah menjadi polemik apabila Presiden KFA, YAB Muhammad Sanusi Md Noor enggan menamakannya sebagai ‘Kedah Football Club’ kerana tidak mahu akronimnya iaitu KFC dikaitkan rangkaian restoran makanan segera. 

Pada masa yang sama, Mohd Firdaus turut mengumumkan pasukan tersebut akan diurus sepenuhnya oleh Darulaman Football Club Sdn. Bhd.

Berkenaan pemilikan syarikat yang menguruskan pasukan bola sepak terbabit, Mohd Firdaus berkata sebanyak 80% pegangan saham akan dimiliki oleh Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dan baki 20% adalah milik KFA sendiri.

80% pegangan saham itu dijual oleh KFA selaku pemilik tunggal Darulaman Football Club Sdn. Bhd. yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) baru-baru ini.

Featured Image: FA Kedah

komen