KV Kortrijk Sedang Latih Luqman Untuk Ikuti ‘Tempo’ Permainan Eropah
October 30, 2020 Hafizuddin Omar

Susulan daripada kejayaan Luqman Hakim melakukan debut bersama skuad senior KV Kortrijk ketika menentang RSC Anderlecht pada minggu lepas, ketua jurulatihnya, Yves Vanderhaeghe kini mempunyai perancangan yang lebih besar.

Mengakui penyerang muda negara itu seorang yang sangat berbakat dan ketika ini barisan kejurulatihan Kortrijk sedang melatih Luqman untuk meningkatkan tempo permainannya agar sesuai dengan corak permainan di benua eropah.

Ini bagi memastikan Luqman dapat beraksi dengan lebih baik apabila diturunkan dalam mana-mana perlawanan bersama skuad senior Kortrijk kelak.

“Saya sangat pasti Luqman berbakat besar.”

“Kami perlu memainkannya pada masa yang tepat dan melatihnya untuk mengikuti tempo di sini. Tempo di eropah, lebih tinggi berbanding di Malaysia.” katanya dalam satu teaser  dokumentari The Journey of Luqie yang akan dikeluarkan pada ahad ini.

Dalam perlawanan menentang Anderlecht yang dibimbing oleh Vincent Kompany pada minggu lepas, Luqman dimasukkan oleh jurulatihnya pada minit ke-74 untuk memburu gol setelah ketinggalan 3-0.

Namun tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Luqman untuk membantu pasukannya. Berdasarkan pemerhatian, dia kelihatan bergelut untuk menyesuaikan diri dan persembahannya kurang memberangsangkan.

Bagaimanapun, menerusi satu gerakan, Luqman berhasil membantu pasukannya mendapatkan sepakan penalti sekaligus memberikan gol saguhati buat pasukannya.

Untuk makluman, perlawanan seterusnya buat pasukan KV Kortrijk dalam saingan Liga Pro Belgium adalah bertemu Zulte Waregem di gelanggang lawan. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada awal pagi selasa waktu Malausia.

Featured Image: KV Kortrijk

Komen