Kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona belum mencapai tahap untuk menjadi pilihan utama menjuarai saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2020/21.
Perkara itu diungkapkan oleh ketua jurulatih Dynamo Kiev, Mircea Lucescu dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Barcelona yang dijadualkan pada awal pagi esok.
Bertambah menarik, Mircea berani menempelak Barcelona dalam keadaan pasukannya akan mengharungi cabaran sukar di Stadium Nou Camp dengan beraksi tanpa sembilan pemain.
Hal ini kerana sembilan pemain tersebut disahkan positif Covid-19 sekaligus tidak boleh menyertai aksi ketiga UCL saingan Kumpulan G.
“Saya tak fikir Barcelona mencapai tahap untuk memenangi UCL (musim ini),”
“Bayern, (Manchester) City atau PSG merupakan pilihan (juara).” kata jurulatih Romania berusia 75 tahun itu seperti dipetik daripada Goal.
Kehadiran pemain seperti Lionel Messi boleh membantu mereka namun secara keseluruhannya.
Namun skuad Barcelona memerlukan masa untuk memahami kemahuan dan corak permainan oleh jurulatih baharu, Ronald Koeman.
“Mereka mempunyai pemain seperti Leo Messi, seorang pemain yang sangat penting.”
“Seorang jurulatih baharu memerlukan minimum enam bulan dan pada musim luruh (kelak) ia akan menjadi pasukan yang berlainan.” katanya lagi.
Untuk makluman, Koeman diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Barcelona pada Ogos lalu.
Sejak mengemudi Barcelona, Koeman telah mencatatkan enam kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan daripada 11 perlawanan.
Featured Image: Dyanamo Kiev
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!