Ekoran dihimpit dengan masalah kewangan yang tiada jalan penyelesaian, pasukan Sarawak di bawah naungan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mungkin menarik diri daripada saingan Liga Malaysia 2021.
Perkembangan tersebut diperkatakan oleh presidennya, Datuk Posa Mojais menurut satu laporan oleh Suara Sarawak, baru-baru ini.
“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.
“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” katanya.
Ketika ini terdapat lima pasukan yang berada di bawah naungan FAS. pasukan-pasukan tersebut adalah Sarawak United FC (Liga Premier), Sawarak United II (Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sawarak United (MPFL).
Featured Image: Kelantan United FC