Artikel

Belanjawan 2021: RM19 Juta Untuk Memantapkan Amalan Gaya Hidup Sihat

Kerajaan pada hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM19 juta bagi melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021.

Perkara itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

Ini bertujuan memantapkan amalan gaya hidup sihat demi mengurangkan risiko menghidapi penyakit diabetes, hipertensi dan obesiti.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM28 juta untuk melaksanakan program MyFit, Hari Sukan Negara dan Program Inspire bagi komuniti OKU.

komen