Artikel

Dickson Si Orang Besi Ucap Selamat Tinggal Kepada Pahang

Jodoh penyerang sensasi, Dickson Nwakaeme bersama pasukan Pahang dinoktahkan sejurus tamat perlawanan menentang Kedah, semalam. 

Menurut makluman menerusi akaun sosial medianya, Dickson yang terkenal dengan julukan sebagai Orang Besi mengatakan perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir buatnya beraksi sebagai pemain Pahang.

Pada masa yang sama, penyerang berusia 34 tahun itu turut mengambil tanggungjawab atas kekalahan 3-2 pasukannya di tangan Kedah dalam aksi pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia.

Sumber: Akaun Twitter Dickson
Sumber: Akaun Twitter Dickson

Untuk rekod, Dickson telah menyarung jersi pasukan Pahang sebanyak dua kali. Kali pertama ketika musim 2014 dan 2015. Dan kali kedua pula bermula musim 2019 dan 2020.

Sepanjang beraksi bersama Pahang, penyerang kelahiran Nigeria ini telah merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2014 dan Piala FA 2014.

Featured Image: Pahang FA

komen