Diuji Negatif Buat Kali Ke-2, Rossi Kembali Belumba di GP Eropah
November 7, 2020 Hafizuddin Omar

Pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi akhirnya kembali menyertai saingan MotoGP untuk perlumbaan GP Eropah. 

Pelumba berusia 41 tahun itu dibenarkan menyertai perlumbaan setelah ujian Covid-19 yang dilakukan ke atasnya menunjukkan keputusan negatif buat kali kedua, semalam.

Perkembangan ini diumumkan sendiri oleh pasukannya menerusi satu makluman di media sosial mereka.

Sebelum ini, Rossi terlepas dua perlumbaan di Motorland Aragon setelah diuji positif Covid-19, bulan lalu. 

Ketika ini, Rossi yang merupakan juara dunia sebanyak tujuh kali menduduki tangga ke-15 dalam ranking keseluruhan dunia hasil kutipan 58 mata.

Featured Image: Monster Energy Yamaha

Komen