Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dikatakan mahu membawa kembali bekas pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo ke Stadium Old Trafford, musim hadapan.
Man Utd mahu membawa Ronaldo selepas Juventus dilaporkan mahu melepaskan pemain itu pada penghujung musim ini untuk mendapatkan wang tunai dan mengelakkannya keluar secara percuma setelah tamat kontraknya kelak.
Perkhabaran mengenai hasrat Man Utd itu didedahkan oleh seorang wartawan ESPN TV Amerika, Christian Martin menerusi satu ciapan di laman twitternya.
“Sumber kami di Manchester dan Porto mengesahkan bahawa Manchester United mahukan Ronaldo kembali ke kelab itu musim hadapan.
“Pemain Portugal itu sedang mempertimbangkannya. Juventus akan mengadakan perbincangan jika Ronaldo mahukannya.” tulisnya.
Selain itu, perancangan untuk menjual Ronaldo juga mengambil kira kedudukan kewangan skuad Old Lady yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.
Tambahan pula, Ronaldo merupakan penerima gaji tertinggi dalam skuad Juventus sekitar £540,000 seminggu dan melepaskannya akan mengurangkan bebanan kewangan mereka.
Untuk rekod, Ronaldo merupakan pemain Man Unted dari tahun 2003 hingga 2009 sebelum berhijrah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.
Featured Image: Juventus