35 Tahun Gagal Meraih Kemenangan Antara 9 Fakta Menarik England vs Ireland
November 12, 2020 Hafizuddin Omar

Skuad kebangsaan England akan melayan kunjungan Ireland bagi aksi persahabatan di Stadium Wembley. Skuad Three Lions dibimbing oleh Gareth Southgate manakala Ireland pula dibimbing oleh Stephen Kenny.

Bagi menghangatkan lagi pertemuan kedua-dua pasukan, kami sajikan kepada anda 9 fakta menarik mengenai England vs Ireland sebelum sepak mula yang dijadualkan pada jam 4 pagi nanti:

#1 Keputusan Seri Sering Mengiringi Mereka

Ini merupakan pertemuan mereka yang pertama sejak Jun 2015 dimana mereka tamat dengan keputusan seri 0-0. Menariknya, enam pertemuan terakhir mereka sejak 1990 kesemuanya berakhir dengan keputusan seri.

#2 Selama 35 Tahun England Gagal Tumbangkan Ireland

England gagal menewaskan Ireland sejak tahun 1985. Dalam tujuh pertemuan terdahulu mereka hanya mencatatkan enam seri dan merekodkan kekelahan sebanyak sekali.

#3 Hanya 2 Pemain England Bertemu Ireland 5 Tahun Lalu

Hanya dua pemain England yang bermain dalam perlawanan menentang Ireland pada Jun 2015 lalu. Mereka ialah Jordan Henderson dan Raheem Sterling.

#4 Jude Bellingham Bakal Cipta Rekod

Jika diturunkan, pada usia 17 tahun 137 hari pada hari perlawanan, Jude Bellingham bakal menjadi pemain ketiga termuda yang bermain untuk England selepas Theo Walcott (17 tahun 75 hari) dan Wayne Rooney (17 tahun 111 hari).

#5 Jack Grealish Bertemu Pasukan Zaman Remajanya

Jack Grealish mungkin akan bermain menentang Ireland. Untuk makluman, Jack telah bermain bersama skuad Ireland B17, B18 dan B21 ketika zaman remajanya sebelum memilih untuk bermain untuk skuad senior kebangsaan England.

#6 Penampilan Ke-50 Harry Kane

Jika kapten England, Harry Kane bermain dalam perlawanan ini, dia akan mengutip caps ke-50 bersama skuad Three Lions. Dia bakal menjadi pemain keempat yang memiliki 50 penampilan dalam skuad ini selepas Sterling, Jordan Henderson dan Kyle Walker.

#7 England Bakal Bolos Pagi Nanti?

Selepas mengutip clean sheet dalam kesemua lima perlawanan, England gagal memastikan clean sheet dalam dua perlawanan terakhir mereka – kedua-duanya dalam saingan Nations League.

#8 Prestasi Ireland Tahun Ini Kurang Memberangsangkan

Ireland gagal meraih sebarang kemenangan pada tahun ini – kemenangan terakhir yang diraih mereka adalah pada 14 november 2019 ketika menentang New Zealand dalam saingan perlawanan persahabatan.

#9 Skuad Three Lions Tidak Ketandusan Pemain Untuk Menjaringkan Gol

England mempunyai enam gol terakir yang dijaringkan oleh enam penjaring berbeza dalam lima perlawanan terakhir pada 2020. Mereka ialah Sterling, Calvert-Lewin, Coady, Ings, Rashford dan Mount.

Komen