Artikel

Hamilton Menangi Kejuaraan Ketujuh F1, Menyamai Rekod Michael Schumacher

Pelumba Mercedes-AMG, Lewis Hamilton mengesahkan kejuaaran ketujuhnya dalam saingan Formula 1 (F1) selepas memenangi perlumbaan GP Turki, sebentar tadi.

Kemenangan itu bermakna pelumba British ini telah menyamai rekod kejuaraan terbanyak pelumba legenda Ferrari iaitu Michael Schumacher yang dicipta pada tahun 2004.

Walaupun berlumba dalam keadaan cuaca hujan dan litar basah di Istanbul, Hamilton yang bermula daripada petak keenam berhasil memintas pelumba-pelumba lain dan mendahului pada pusingan ke-37.

Kemenangan ini juga merupakan kemenangan kesepuluh bagi musim 2020 dan ianya memberikan Hamilton 307 mata secara keseluruhan.

Selain itu, kemenangan di GP Turki ini merupakan kemenangan ke-94 buat Hamilton dalam karier peribadinya sebagai pelumba jentera F1.

Untuk rekod, kali pertama Hamilton merangkul kejuaraan dunia saingan F1 adalah pada tahun 2008 bersama pasukan McLaren.

Featured Image: F1

komen