Pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir muncul juara dunia saingan MotoGP 2020 setelah menamatkan perlumbaan GP Valencia di tempat ketujuh, sebentar tadi.
Walaupun menamatkan perlumbaan yang berlansung di Litar Ricardo Tomo di kedudukan ketujuh, ia sudah memadai untuk memberikannya pungutan mata berjumlah 171.
Pungutan mata tersebut tidak dapat dikejar lagi oleh mana-mana pelumba lain dengan baki satu perlumbaan sahaja lagi untuk saingan musim ini.
Kejuaraan yang diraih pelumba berusia 23 tahun, kelahiran Sepanyol ini merupakan kejuaraan dunia sulung dalam kariernya sepanjang beraksi dalam saingan MotoGP sejak 2019.
Selain itu, ia juga merupakan kejuaraan pertama yang diraih oleh pasukan pengeluar berpangkalan di Jepun, Suzuki dalam saingan MotoGP selepas tempoh 20 tahun.
Sementara itu, pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli meraih kedudukan pertama sambil diikuti rapat oleh pelumba Ducati, Jack Miller. Menduduki tempat ketiga adalah pelumba KTM, Pol Espargaro.
Untuk rekod, kejuaraan dunia MotoGP sejak tahun 2016 didominasi oleh pelumba Honda, Marc Marquez.
Bagaimanapun, pelumba Sepanyol itu tidak dapat beraksi baki saingan MotoGP 2020 ekoran kecederaan yang menimpanya pada awal-awal musim.
Featured Image: MotoGP