Contohi Sifat Mulia Zlatan, Belanja Rakan-Rakan PS5
November 20, 2020 Hafizuddin Omar

Walaupun dikenali dengan sifat angkuh apabila berkata-kata, penyerang senior AC Milan, Zlatan Ibrahimovic menarik tumpuan ramai apabila menonjolkan salah satu sisi mulianya yang wajar kita contohi.

Penyerang berusia 39 tahun kelahiran Sweden itu telah menghadiahkan rakan sepasukannya konsol permainan terbaharu keluaran Sony Interactive Entertaiment iaitu PlayStation 5 (PS5).

https://twitter.com/JustToonIt_/status/1329606954759516160?s=20

Menurut beberapa laporan di eropah, Zlatan dikatakan menghadiahkan PS5 itu kepada semua rakan sepasukannya di skuad Rossoneri itu.

Bagaimanapun, hanya tiga orang pemain AC Milan dilihat berkongsikan hadiah pemberian Zlatan tersebut di laman sosial mereka, semalam.

Tangkap layar Instagram Story 3 orang pemain AC Milan

Antaranya adalah pertahanan tengah Mateo Musacchio, pemain sayap Samuel Castillejo dan penyerang Rafael Leao sambil memberikan ucapan terima kasih kepada penjaring terbanyak saingan Serie A ketika ini.

Barangkali Zlatan menghadiahkan rakan sepasukannya konsol permainan tersebut supaya memudahkan dirinya untuk berentap dalam permainan FIFA 21 kelak.

Untuk makluman, Sony mula menjual konsol permainan PS5 tersebut di benua eropah bermula 19 november dengan harga €399.99 bagi Digital Edition dan €499.99 bagi edisi biasa.

Featured Image: Zlatan Ibrahimovic

Komen