Penggusti legenda The Undertaker atau Si Penggali Kubur mengumumkan persaraannya secara rasmi selepas berkecimpung selama 30 tahun dalam World Wrestling Entertaiment (WWE).
Undertaker atau nama sebenarnya, Mark Calaway mengumumkan persaraannya pada usia 55 tahun dalam acara Survivor Series, pada pagi tadi.
“Masanya telah tiba untuk (saya) membenarkan The Undertaker bersemadi dengan aman,” katanya menerusi video yang dimuat naik WWE.
Undertaker atau nama julukannya, The Deadman menjadi salah satu watak penggusti yang ikonik dek cara kemasukannya ke dalam gelanggang yang penuh dengan imej seram dan kejutan.
Baca: Legenda WWE, Undertaker Percaya Khabib Akan ‘U-Turn’ & Kembali Bertarung
Antaranya memasuki gelanggang dengan menaiki kereta mayat, menunggang motosikal Harley Davidson dan yang paling disukai oleh para peminat adalah diusung di dalam keranda.
Untuk rekod, kali terakhir Undertaker memasuki gelanggang adalah ketika acara Wrestlemania 36 dan berjaya menewaskan AJ Styles yang disiarkan langsung pada april lalu.
Featured Image: The Undertaker