Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan sebuah lagi kerjasama dengan syarikat antarabangsa.
Kali ini, mereka mengadakan kerjasama dengan sebuah francais makanan yang terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Subway.
Hasil kerjasama yang dilakukan, peminat dan penyokong dapat menikmati hidangan sandwich lazat sambil menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Ibrahim.
“Syarikat sandwich ini akan membuka kedai mereka di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada tahun hadapan.” tulis kenyataan rasmi kelab.
Dalam makluman yang sama, skuad Harimau Selatan difahamkan sedang dalam proses rundingan bersama tiga lagi jenama yang akan membuka cawangan mereka di stadium tersebut.
Mereka mahu menjadikan Stadium Sultan Ibrahim direka sebagai destinasi pelancongan di mana para pengunjung boleh menjamu selera, membeli-belah dan juga menonton perlawanan bola sepak.
Terdahulu, mereka telah mengumumkan memeterai perjanjian penajaan mega bersama sebuah syarikat pembuat kenderaan elektrik dari negara jiran iaitu Swag.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers & Subway