PUMA, Lewis Hamilton Rai Kejuaraan Dunia Ketujuh Dan Tujuh Tahun Kolaborasi
November 25, 2020 Hafizuddin Omar

Syarikat sukan global PUMA merakamkan penghargaan kepada kejuaraan dunia ketujuh diraih oleh Lewis Hamilton menandakan kolaborasi unik bersama salah seorang pelumba agung Formula One (F1) sepanjang masa.

Pelumba British tersebut telah menjadi sebahagian daripada keluarga PUMA  sejak 2013 dan menjadi muka hadapan jenama sebagai duta performance sejak 2017.

Lewis Hamilton – PUMA

Kolaborasi antara PUMA dan Lewis Hamilton dikatakan sebagai ‘A Perfect Fit’.

Pelumba muda berbakat British memulakan hubungan bersama PUMA pada 2013 ketika dia berhijrah ke pasukan Mercedes-AMG Petronas Fomula One Team, di mana dia telah dibekalkan oleh PUMA dengan segala pakaian dan kasut sejak 2012.

Ini termasuk membekalkannya sut lumba dan but lumba dengan tujuan untuk memastikan daya saing pelumba dan keselamatan menerusi fabrik ringan canggih dan bahan kalis api.

2020 Emilia Romagna Grand Prix, Sunday – LAT images

Interaksi berterusan di antara pelumba dan pembekal kelengkapan perlumbaan adalah kunci untuk memastikan pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 menerima kualiti terbaik dan memenuhi keperluan mereka untuk memburu podium.

Pada 2017, PUMA telah memutuskan untuk bekerja dengan pelumba F1 British ini untuk menjadikannya sebagai duta bagi performance. Lewis telah menjadi muka hadapan bagi jenama di pelbagai acara, kempen pengiklanan dan papan iklan.

Komen