Kelab bola sepak Universiti Tekonologi MARA (UiTM FC) mengesahkan telah melanjutkan kontrak pertahanan import kelahiran Perancis, Victor Nirennold.
Menurut sebuah laporan, tempoh lanjutannya itu sekurang-kuranganya semusim bagi membantu UiTM FC mengharungi Liga Malaysia, musim hadapan.
Makluman ini dikongsikan oleh pengurus skuad The Lion Troops, Mustaza Ahmad dalam satu sesi temu bual bersama stesen televisyen tempatan, semalam.

“Barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Frank Bernhardt sudah bersetuju untuk mengekalkan pemain pertahanan, Victor, untuk bersama UiTM FC bagi musim 2021.
“Alhamdulillah, pada pagi ini, kami telah mengadakan majlis menandatangan ringkas bagi memastikan Victor akan terus bersama UiTM FC,” kata Mustaza seperti dipetik daripada Stadium Astro.
Baca: Pertahanan UiTM FC, Victor Nirennold Punyai Pengalaman Mahal Hadapi Liverpool
Victor yang merupakan kapten UiTM FC telah memainkan peranan penting dalam memacu skuad kendalian Frank Bernhardt meraih kedudukan ke-6 dalam saingan Liga Super 2020.
Sebelum ini, jodoh pertahanan berketinggian 1.94 meter ini bersama UiTM FC mencetuskan tanda tanya selepas dia dikhabarkan telah menarik minat beberapa pasukan dalam dan luar negara.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers