Sebelum Ini Bulu Ketiak, Kali Ini Jari Kaki – Klopp ‘Redha’ Keputusan VAR
November 29, 2020 Hafizuddin Omar

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hanya menerima dengan hati terbuka dua keputusan video assistant referee (VAR) membatalkan dua gol dijaringkan oleh pemainnya ketika menentang Brighton.

Gol pertama yang dibatalkan merupakan jaringan Mohamed Salah sekitar minit ke-33 permainan di mana ulang tayang VAR menunjukkan hujung but atau kakinya melebihi pertahanan pihak lawan.

Gol kedua yang dibatalkan pula sekitar minit ke-83 permainan apabila Sadio Mane didapati oleh VAR berada di kedudukan offside sebelum menanduk masuk bola sepakan percuma oleh Jordan Henderson.

“Kami sudah lalui (jaringan) kami (batal) disebabkan bulu ketiak, logo kelab (di baju), hari ini (jaringan) kami (batal) disebabkan jari kaki. Begitulah. Saya fikir keputusan itu tepat.” kata Klopp kepada BT Sport selepas perlawanan.

Hasil keputusan VAR tersebut memaksa juara bertahan menerima hakikat terikat 1-1 dengan skuad Seagulls dalam aksi yang berlangsung pada malam tadi.

Bagaimanapun, The Kops masih mendahului kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kutipan 21 mata sekurang-kurangnya sehingga malam ini.

Anda boleh menonton highlight perlawanan di antara Liverpool dan Brighton pada pautan video di bawah:

Komen