5 Kelab Bola Kemboja Sumbang Lebih RM4 Juta Kepada Kerajaan Bantu Beli Vaksin Covid-19
December 11, 2020 Hafizuddin Omar

Lima buah kelab bola sepak berpangkalan di Kemboja dilaporkan menyumbang dana lebih daripada RM4 juta kepada kerajaannya untuk membantu membeli vaksin Covid-19.

Di antara yang memberikan sumbangan ialah pengasas pasukan Phnom Penh Crown FC, Oknha Kok An berjumlah 1 juta dolar amerika (RM1 juta) dan diikuti oleh Visakha FC yang mengumumkan sumbangan sebanyak 10,000 dolar amerika (RM40,000).

Oknha Kok An (berbaju putih, tengah, barisan hadapan) – Foto: Phnom Penh Crown FC

“Saya mengambil peluang ini, menyeru kepada orang ramai yang mampu untuk bersama-sama menyumbang bagi melawan Covid-19 untuk kesejahteraan rakyat Kemboja,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kelab.

Sebuah lagi pasukan iaitu Preah Khan Reach Svay Rieng (PKRSR) FC turut berikrar untuk menyumbang 10,000 dolar amerika (RM40,000) selain daripada pasukan Tiffy Army FC dan Boeung Ket FC.

Sehingga kini kerajaan Kemboja telah menerima lebih daripada 18 juta dolar amerika (RM72 juta) hasil sumbangan orang ramai di pelbagai peringkat.

Sumber: AFF

Komen