Pemain kelahiran Illionis, Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzain Wan Kamal nampaknya tidak akan menyertai saingan Liga Malaysia 2021 yang akan bermula pada penghujung februari hadapan.
Spekulasi mengenai pemain tengah berusia 22 tahun itu menyertai saingan liga tempatan bertiup kencang selepas Wan Kuzain dilepaskan oleh kelabnya, Sporting Kansas City pada awal disember, baru-baru ini.
Bagaimanapun, perkara ini dinafikan sendiri oleh bapanya, Wan Kamal Wan Napi disamping turut memberitahu tiada sebarang kelab atau pasukan daripada saingan Liga Malaysia yang menghubungi untuk mendapatkan khidmat anaknya itu.
Pada masa yang sama, Wan Kamal menjelaskan ketika dihubungi oleh Sukanz berkata, “Ejen (Wan) Kuzain sedang berusaha dengan beberapa kelab MLS (Major League Soccer) untuk mendapatkan tempat buatnya bagi musim 2020-2021.”
“Tunggu sekitar dua minggu (lagi) semuanya akan dimuktamadkan.” tambahnya lagi.
Sementara itu, menurut satu pengumuman rasmi daripada pihak MLS, saingan bola sepak mereka akan kembali sekitar bulan mac kelak walaupu berdepan dengan situasi tidak menentu berikutan pandemik Covid-19.
Untuk makluman, Wan Kuzain pernah menyertai latihan pusat skuad kebangsaan Harimau Muda (B-22) kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk persiapan ke temasya Sukan SEA 2019. Namun dia tidak tersenarai dalam kalangan 20 pemain terakhir untuk diterbangkan ke Manila, Filipina ekoran masalah dokumentasi.
Featured Image: Sporting Kansas City II