Kerteh Sports City Turut Mempunyai Gelanggang Futsal, Badminton & Medan Selera
December 28, 2020 Hafizuddin Omar

Sebuah projek yang dinamakan sebagai Kerteh Sports City bukan sahaja bakal memiliki stadium mini sebagai home untuk Kerteh Football Club (Kerteh FC) malahan beberapa fasiliti dan kemudahan sukan serta ruang komersil.

Untuk merealisasikan projek tersebut, syarikat yang menguruskan kelab komuniti tersebut, KAL Services Sdn. Bhd. telah mengumumkan satu kerjasama bersama pelabur, Red Antlers dengan membentuk sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang dikenali sebagai Kerteh Sports City Sdn. Bhd. semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KAL Services, Syed Khairi Amier berkata, projek tersebut akan dibangunkan di Stadium Mini Kerteh yang sedia ada dan kawasan sekitarnya. Selain itu, syarikat SPV tersebut turut berperanan untuk menguruskan kemudahan dan prasarana sukan tersebut apabila siap dibina kelak.

“Di situ nanti bukan sahaja ada padang bola (artificial turf) berserta lampu limpah, (malahan) ada gelanggang futsal, badminton, gimnasium, football residence, padang latihan, food court dan ruangan komersil semuanya akan ada di situ dalam kawasan berkeluasan 21 ekar.” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz.

Ilustrasi sebahagian Kerteh Sports City yang hanya merangkumi Stadium Kerteh FC.

Difahamkan satu majlis menandatangani akan diadakan sekitar pertengahan januari. Selepas daripada itu, fasa pertama Kerteh Sports City akan dimulakan dengan pembinaan padang sintetik dan lampu limpah dan ianya dijangka siap pada mac kelak.

Manakala bagi fasiliti-fasiliti yang lain, kesemuanya akan dibina secara berfasa dalam tempoh enam tahun.

Untuk makluman, Kerteh FC diasaskan pada tahun 2018 dan berpengkalan di Kerteh, Terengganu. Dikenali dengan julukan The Oilers dan bersaing dalam kancah divisyen keempat bola sepak tempatan iaitu Liga M4. Pencapaian terbaik mereka adalah memenangi saingan Liga Premier (Terengganu Amateur League) 2019 dan Piala TAL 2019.

Berikut adalah 5 fasa pembangunan Stadium Kerteh FC yang dikongsikan kepada Sukanz:

Fasa Pembangunan 1
Fasa Pembangunan 2
Fasa Pembangunan 3
Fasa Pembangunan 4
Fasa Pembangunan 5

Bonus! Gambaran bangku simpanan pemain dan tempat duduk grandstand Stadium Kerteh FC:

Komen