Written by 5:04 pm Bola Sepak, Malaysia

Melaka United Sambar Penjaring Ketiga Terbanyak Liga 1 Indonesia 2019?

Dua khidmat penyerang import bakal diikat oleh Melaka United FC bagi mengharungi saingan baharu Liga Super Malaysia yang dijadualkan bermula pada penghujung februari kelak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri, beliau memberikan bayangan salah seorang penyerang tersebut merupakan pemain kelahiran Brazil yang mengisi carta penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia 2019.

Senarai penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia 2019

Disamping itu, skuad yang berpangkalan di Stadium Hang Jebat tersebut turut mendapatkan seorang penyerang dari benua eropah kelahiran Croatia.

“Dua import (merupakan) penyerang, (salah seorangnya) dari Croatia dan seorang lagi pemain dari Brazil,”

“Penyerang Brazil tersebut merupakan salah seorang penjaring terbanyak Liga Indonesia 2019,” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, pada hari ini.

Melihatkan kepada senarai 10 penjaring terbanyak liga negara jiran tetangga dua tahun lalu, terdapat lima pemain kelahiran Brazil mengisi senarai tersebut.

Antaranya Alberto Gonclaves (18 gol), Alex dos Santos Goncalves (17 gol), Rafael Silva, David da Silva dan Ciro Alves yang meledak 14 gol masing-masing pada musim itu.

Bagaimanapun, dua pemain dalam senarai tersebut boleh diketepikan iaitu Alberto Goncalves, 40 tahun, yang pernah bersama Pulau Pinang kini merupakan warganegara Indonesia manakala David da Silva, 31 tahun, sudah diikat oleh Terengganu FC.

Alex ketika menandatangani kontrak bersama Persikabo 1973 awal tahun lalu.

Daripada baki 3 pemain Brazil tersebut, menurut satu laporan media berpangkalan di Indonesia, Alex, penyerang berusia 30 tahun yang menduduki tempat ketiga penjaring terbanyak liga pada musim itu paling kuat dikaitkan dengan Melaka United.

Tambahan pula, pemain ini berstatus ejen bebas setelah tamat kontraknya selama setahun bersama pasukan yang disertainya pada januari 2020 iaitu Persikabo 1973.

Sementara itu, Mohd Saiful turut memaklumkan bahagian tengah Melaka United bakal diperkuatkan dengan seorang pemain skuad kebangsaan Filipina.

“Seorang lagi pemain (import) centre midfielder dari Filipina yang masih (berstatus) pemain skuad kebangsaan.” tambahnya lagi.

Difahamkan ketiga-tiga pemain ini telah tiba di Malaysia dan sedang menjalani kuarantin selama tujuh hari di ibu negara.

Terdahulu, menerusi laman sosial mereka, Melaka United telah mengumumkan melanjutkan kontrak dua pemain import daripada skuad musim lalu iaitu pertahanan Korea Selatan, Jang Suk-won dan attacking midfielder versatil kelahiran Haiti, Sonny Norde.

Kesemua barisan pemain import dan pemain tempatan Melaka United akan diperkenalkan dalam satu majlis yang dijadualkan pada penghujung januari ini sekiranya bebas daripada segala kekangan perintah kawalan pergerakan.

Featured Image: Liga 1 Indonesia

(Visited 260 times, 1 visits today)
Close