Written by 10:16 pm Bola Sepak, Malaysia

Selepas Melawat JDT, Melaka United Bakal Bina ‘Training Centre’ di Padang 10

Selepas pulang daripada melawat Pusat Latihan JDT pada minggu lalu, Melaka United FC bakal menjadikan lokasi Padang 10 yang terletak di Krubong, Melaka sebagai pusat latihan mereka tersendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, kunjungan yang diketuai oleh Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman Md Ali itu bertujuan untuk melihat kemudahan pusat latihan yang terletak di Padang Seri Gelam serta mempelajari cara pengurusan yang diamalkan oleh JDT.

“(Pihak kami) mengagumi pusat latihan JDT yang (berada) di kelas terbaik dan berprestij. Kita (Melaka United FC) ingin belajar cara pengurusannya dan akan dibuat di Padang 10, Melaka tidak lama lagi.” katanya ketika dihubungi Sukanz, hari ini.

Pusat latihan serba lengkap yang dimiliki oleh juara Liga Super tujuh kali berturut-turut disifatkannya sebagai yang terbaik di Malaysia dilihat bakal menjadi contoh kepada pembinaan pusat latihan Melaka United FC kelak.

Padang 10 yang terletak di Krubong, Melaka.

“Yang terdekat ini kita akan bina satu bangunan yang terdiri daripada gimnasium, bilik persalinan dan clinic development untuk pembangunan sukan anak-anak Melaka. Yang (itu) dah kita rancang dan dapat sponsor (penajaan) daripada pihak Edra untuk membangunkan Padang 10.” jelasnya.

Difahamkan naik taraf kawasan tersebut turut memberikan manfaat untuk kegunaan orang ramai namun sebuah padang yang dikhususkan untuk pasukan Melaka United FC menjadi keutamaan mereka buat masa ini.

“Kita akan upgrade (naik taraf) beberapa (padang di) Padang 10 itu, salah satu padang itu kita akan khaskan untuk (kegunaan) latihan (skuad) Liga Super, dan dipasang dengan lampu limpah.”

“Dan tiga padang lagi, mengikut keadaan bajet, kita akan upgrade untuk kegunaan rakyat negeri Melaka.” tambahnya lagi.

Selain daripada melawat pusat latihan, delegasi tersebut turut dibawa oleh Pengarah Teknikal JDt, Alistair Edwards untuk melihat gelanggang rasmi skuad JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim dan Ibu Pejabat JDT yang terletak di Iskandar Puteri.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 324 times, 2 visits today)
Close