Artikel

Kerteh FC Lantik Agensi Untuk Teroka Peluang Komersil di Australia, New Zealand

Kerteh FC telah mencapai perjanjian dengan agensi Ghazoo Sports untuk menjalin kerjasama dan meneroka pelbagai peluang komersial di wilayah Australia dan New Zealand untuk dua musim akan datang. 

Kerjasama ini menyerupai kerjasama sedia ada antara Kerteh FC dengan agensi dari Sepanyol, Riera Sports. Ghazoo Sports ditugaskan untuk memperkayakan program pembangunan belia Kerteh FC dengan mewujudkan program kerjasama dengan pasukan bola sepak profesional di Australia dan New Zealand.

“Ketika kami bergerak maju dengan rancangan 5 tahun kami, profil kelab bola sepak kami berada pada tahap yang sangat memuaskan,” kata Ketua Eksekutif, Syed Khairi Amier. 

“Kami berhasrat untuk bersaing di peringkat tertinggi dan kami berharap dapat melakukannya dengan pemain tempatan yang berpengalaman bermain di luar negara. Kerjasama dengan Ghazoo Sports berpotensi membantu mendorong bakat muda kami ke Australia dan New Zealand.” 

Ghaz Ramli, Pengarah Ghazoo Sports menambah: “Terdapat keghairahan bola sepak yang luar biasa dari rakan kami di Asia Tenggara, dan kami berharap dapat memanfaatkan pengalaman dan hubungan kami di Australia dan Malaysia untuk membantu pertukaran kepakaran teknikal dan pembangunan komersial. 

Berbalik pada bulan Januari baru-baru ini, Kerteh FC telah menandatangani perjanjian perkongsian dengan IMC Sports and Entertainment yang menyaksikan agensi sukan tersebut sebagai wakil eksklusif penjualan penajaan untuk kelab. 

Agensi ini akan membangunkan prospektus penajaan, mewakili Kerteh dalam rundingan penajaan, dan bertanggung jawab untuk penganjuran dua forum bersama rakan penaja musim ini.

komen