Written by 6:24 pm Bola Sepak, Malaysia

Sri Pahang Sertai Perlawanan Persahabatan di Shah Alam, Ganti Perak Yang Menarik Diri Saat Akhir

Pasukan berpangkalan di pantai timur, Sri Pahang FC bakal bergerak ke Shah Alam pada ahad ini untuk menyertai dua siri perlawanan ‘pemanas badan’ sebelum mengharungi sepak mula Liga Super pada mac hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, jemputan daripada UiTM FC untuk mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan di Shah Alam ini adalah untuk menggantikan pasukan Perak yang menarik diri pada saat akhir.

Beliau berpandangan jemputan perlawanan persahabatan ini menjadi pentas terbaik untuk menilai para pemain terutamanya kalangan pemain import seperti Yevhen Bokhashvili, Pedro Henrique dan Mamadou Wague yang baru sahaja menamatkan tempoh kuarantin di tanah air, baru-baru ini.

“Pahang sedang menerima kemasukan semua pemain, dan ini merupakan pentas terbaik untuk menilai pemain daripada segi kecergasan dan keserasian pemain dengan menyertai perlawanan persahabatan,”

“Kebetulan UiTM FC ada menganjurkan perlawanan persabahatan pramusim (yang) kebetulannya Perak menarik diri (pada) saat akhir kerana masalah teknikal, maka apabila ditawarkan, inilah pentas terbaik untuk melihat prestasi pemain,” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, hari ini.

Difahamkan skuad kendalian ketua jurulatih kelahiran Amerika Syarikat, Thomas Dooley ini dijadualkan menentang Terengganu FC II dan UiTM FC masing-masing pada 21hb dan 23hb februari kelak.

Selepas daripada itu, Sri Pahang akan bergerak ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk mengharungi sebuah lagi perlawanan persahabatan iaitu menentang Negeri Sembilan FC yang dibimbing oleh K. Devan pada 26hb februari.

Ketika ini, Sri Pahang sedang berkampung di Temerloh, Pahang dan menjalani latihan pusat mengikut Protokol Am Gelembung Sukan sepertima yang diarahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Featured Image: Malaysian Football League

(Visited 129 times, 1 visits today)
Close