Written by 2:02 pm Bola Sepak, Malaysia

JDT Perlu Beri Perhatian Kepada Trio Serangan Kedah

Trio serangan baharu pasukan Kedah Darul Aman (Kedah) antara yang perlu diberi perhatian oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, pada hari ini.

Penyokong tegar skuad Harimau Selatan, Juan Budiman berpandangan kombinasi tiga pemain ini akan membentuk barisan serangan yang tajam dan boleh menjadi ‘duri dalam daging’ buat JDT apabila mereka melakukan serangan balas.

Juan Budiman ketika menyaksikan pasukannya dalam saingan Liga juara-Juara Asia di Jepun, tahun lalu.

“Sudah pasti Kipre dan Sherman (pemain yang perlu diberikan perhatian). Menarik juga untuk lihat posisi Rabih Ataya pada hari perlawanan (malam ini). 

“JDT perlu beri perhatian kepada trio Kedah ini dan elak buat kesilapan ketika menyerang supaya tidak terdedah dengan serangan balas dari Kedah.” kongsinya kepada Sukanz.

Disebalik barisan serangan yang dilihat bakal memberikan ujian buat JDT, menurut Juan, berita mengenai pertahanan import, Renan Alves yang dimaklumkan kurang cergas sedikit sebanyak akan menggoyahkan benteng pertahanan Kedah.

Fernando Rodriguez – Foto: JOHOR Southern Tigers

Bercakap mengenai kesebelasan utama JDT pula, Juan merasakan tidak banyak perubahan yang akan dilakukan oleh Mora sambil menjangkakan hanya berlaku pertukaran di bahagian serangan dimana ianya akan diisi oleh pemain JDT II, Fernando Rodriguez.

“Fernando Rodriguez musim lepas sudah mula tunjuk taring ketika turun membenam Melaka (United). “ tambahnya lagi.

Beliau turut meramalkan perlawanan pada malam ini akan lebih didominasi oleh anak-anak buah Mora manakala skuad Hijau Kuning pula akan bermain dengan lebih defensif sambil melancarkan serangan balas ketika mempunyai peluang.

Juan meramalkan perlawanan ini akan memihak kepada pasukan kesayangannya, JDT dengan keputusan 3-2 ke atas Kedah sekaligus membolehkan skuad Harimau Selatan menjulang Piala Sumbangsih buat kali keenam dalam sejarah kelab mereka.

Featured Image: Kedah Darul Aman FC

(Visited 92 times, 1 visits today)
Close