Written by 5:40 pm Bola Sepak, Malaysia

BalrzTV Tawar Pakej Langganan RM10 Sebulan Untuk Perlawanan Terpilih Liga Premier 2021

Syarikat penyiar tempatan, Balrz TV kini hadir dengan tawaran pakej langganan untuk menonton siaran langsung perlawanan Liga Premier 2021.

Menurut satu makluman menerusi akaun media sosialnya, harga langganan yang diletakkan hanyalah serendah RM10 untuk setiap bulan di saluran Youtube.

Difahamkan perlawanan pertama yang akan disiarkan menerusi saluran Youtube berbayar ini adalah melibatkan pertemuan Terengganu FC II menentang Kelantan FC, pada hari esok.

Malahan, pasukan berstatus ‘feeder club’ itu merupakan kelab pertama yang menandatangani penjanjian untuk menyiarkan siaran langsung perlawanan home mereka di saluran Balrz TV, bagi musim ini.

Untuk makluman, Balrz TV bukanlah satu nama penyiar asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Sebelum ini, mereka seringkali terlibat dalam menyiarkan siaran langsung melibatkan kelab-kelab amatur dan pasukan-pasukan profesional tempatan semasa aksi pramusim.

Tidak dilupakan, mereka merupakan syarikat menyiarkan siaran langsung Liga Premier 2021 untuk perlawanan Kelantan menentang Perak, Projek MSN-FAM menentang Kelantan serta Terengganu II menentang Kuching City.

Selain itu, mereka turut menyiarkan siaran langsung saingan Malaysian Futsal Premier League (MPFL) 2019 melibatkan aksi Pahang Rangers di halaman rasmi mereka di Kuantan.

Untuk yang berminat melanggan pakej ini, sila klik pautan INI.

(Visited 1,272 times, 1 visits today)
Close