Written by 11:06 pm Lain-Lain

Lee Zii Jia Raih Kejuaraan Sulung All England

Pemain badminton negara, Lee Zii Jia mencipta kejutan dengan menumpaskan juara bertahan, Viktor Axelsen untuk merangkul kejuaaran dalam kejohanan All England buat kali pertama dalam kariernya.

Pemain yang bakal menginjak usia 23 tahun pada penghujung bulan ini berjaya menumpaskan pemain Denmark itu dengan melakar kemenangan pada set pertama dan ketiga.

Pada set pertama, Zii Jia terpaksa bermandi peluh untuk menjinakkan lawannya sebelum melakarkan kemenangan dengan catatan mata 30-29.

Pada set seterusnya, Zii Jia gagal meneruskan momentumnya dan terpaksa akur tewas kepada Axelsen dengan catatan mata 20-22.

Set ketiga turut berlangsung dengan sengit pada permulaannya namun rentak Axelsen semakin longlai apabila Zii Jia meraih mata demi mata sebelum menamatkan set tersebut dengan catatan 20-9.

Kemenangan dua set tersebut sudah memadai untuk menobatkan Zii Jia sebagai juara perseorangan lelaki kejohanan All England 2021.

Selain itu, kemenangan ini pastinya mengubat kekecewaannya pada kejohanan All England 2020 apabila terkandas pada peringkat separuh akhir juga kepada Axelsen.

Untuk rekod, kali terakhir wakil Malaysia memenangi acara perseorangan lelaki dalam kejohanan All-England ada pada tahun 2017 menerusi bekas pemain negara, Lee Chong Wei.

Featured Image: BAM 

(Visited 1,259 times, 4 visits today)
Close