Written by 5:03 pm Bola Sepak, Malaysia

Skuad UiTM, Terengganu & Selangor Pertaruhkan Pemain B-23 Paling Ramai

UiTM FC, Terengganu FC dan Selangor FC menjadi tiga pasukan yang mempertaruhkan pemain bawah 23 tahun (B-23) paling ramai dalam skuad mereka untuk mengharungi saingan Liga Super 2021.

Berdasarkan kepada senarai pemain yang didaftarkan, UiTM FC yang dibimbing oleh bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan B-23, Frank Bernhardt menyenaraikan seramai 12 pemain yang berumur 23 tahun dan ke bawah.

Sementara itu, pasukan di tangga kedua liga pada ketika ini, Terengganu FC mengikuti rapat bilangan tersebut dengan mendaftarkan 11 orang pemain B-23 bagi mengharungi musim ini di bawah kendalian jurulatih yang semakin menjadi perhatian dalam kalangan peminat, Nafuzi Zain.

Manakala skuad yang terkenal dengan julukan Red Giants yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Jerman, Karsten Neitzel pula menjadi pasukan ketiga yang memiliki pemain B-23 teramai iaitu seramai 9 orang pemain dengan dua daripadanya, Syahmi Safari dan Aliff Haiqal Lau sentiasa mengisi kesebelasan utama pasukan.

Menariknya, ketiga-ketiga pasukan ini seringkali menurunkan kalangan pemain-pemain muda ini tidak kiralah sebagai pemain yang bermula dalam kesebelasn utama mahupun sebagai pemain gantian.

Hal ini bukan sahaja dapat memberikan pemain-pemain muda ini untuk mengutip pengalaman berharga dengan beraksi dalam saingan tertinggi negara. Malahan, ia membolehkan mereka untuk meningkatkan dan mematangkan permainan mereka daripada semasa ke semasa.

Dan yang paling menguntungkan pastinya ketua jurulatih skuad kebangsaan negara, Tan Cheng Hoe kerana beliau akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk membentuk skuad Harimau Malaya yang lebih mantap di masa hadapan.

Sementara itu, Penang dan Petaling Jaya City (PJ City) menjadi pasukan keempat dan kelima yang mempunyai pemain muda paling ramai dengan masing-masing menyenaraikan seramai 8 dan 7 orang pemain B-23.

Kuala Lumpur City, Melaka United dan Sri Pahang menjadi pasukan yang paling sedikit mempunyai pemain B-23 dalam senarai pemain mereka musim dengan masing-masing hanya mempunyai tiga pemain.

Berikut adalah senarai 12 pasukan Liga Super berserta pemain B-23 import dan tempatan yang menyertai pasukan mereka pada musim ini:

(Nota: Posisi, nombor dan umur pemain pada tahun 2021 adalah berdasarkan yang didaftarkan oleh pasukan kepada Malaysian Football League)

UiTM FC

Rafie Yacob, Foto: UiTM FC
  1. Penyerang: #7 Rafie Mat Yaacob (23 Tahun)
  2. Pertahanan: #28 Ariff Ar-Rasyid Ariffin (23 Tahun)
  3. Pemain Tengah: #8 Nazirul Hasif Mailang (22 Tahun)
  4. Pemain Tengah: #9 Fahmi Sabri (22 Tahun)
  5. Penyerang: #17 Dirga Surdi (22 Tahun)
  6. Penjaga Gol: #24 Azfar Arif Sukri (22 Tahun)
  7. Pertahanan: #15 Aliff Najmi Shaaini (21 Tahun)
  8. Pemain Tengah: #34 Amirul Aiman Ibrahim (21 Tahun)
  9. Pertahanan: #44 Arham Khussyairi Ab Wahab (21 Tahun)
  10. Pertahanan: #23 Nashran Elias (20 Tahun)
  11. Penjaga Gol: #26 Alfaiz Zula’amin (20 Tahun)
  12. Penyerang: #37 Hausen Shwahiri Hasboni Shawal (20 Tahun)

Terengganu FC

Shahrul Nizam, Foto: Terengganu FC
  1. Pertahanan: #5 Shahrul Nizam Ros Hasni (23 Tahun)
  2. Penyerang: #7 Faisal Halim (23 Tahun)
  3. Pertahanan: #25 Alif Zakaria (23 Tahun)
  4. Pertahanan: #27 Azarul Nazarith (23 Tahun)
  5. Penyerang: #29 Engku Nur Shakir (23 Tahun)
  6. Penjaga: #1 Syed Nasrulhaq Syed Bidin (22 Tahun)
  7. Pertahanan: #16 Hakimi Abdullah (22 Tahun)
  8. Pemain Tengah: #22 Nik Akif Syahiran (22 Tahun)
  9. Penyerang: #17 Isa Rahman (21 Tahun)
  10. Pertahanan: #23 Azam Azmi Murad (20 Tahun)
  11. Penjaga Gol: #26 Rahadiazli Rahalim (20 Tahun)

Selangor FC

Aliff Haiqal Loqman Lau, Foto: Selangor FC
  1. Pertahanan: #13 R. Dinesh (23 Tahun)
  2. Pertahanan: #20 Syahmi Safari (23 Tahun)
  3. Pertahanan: #44 Sharul Nizam Zulpakar (22 Tahun)
  4. Penyerang: #27 Ahmad Danial Ahmad Asri (21 Tahun)
  5. Pemain Tengah: #77 Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau (21 Tahun)
  6. Pemain Tengah: #29 Mukhairi Ajmal (20 Tahun)
  7. Pertahanan: #33 Jordan Ayimbila (20 Tahun)
  8. Pertahanan: #14 Ahmad Zikri Khalili (19 Tahun)
  9. Penjaga Gol: #25 Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (19 Tahun)

Penang FC

Azmeer Aris, Foto: Penang FC
  1. Pertahanan: #6 Khairul Akmal Rokisham (23 Tahun)
  2. Pemain Tengah: #31 Afif Azman (23 Tahun)
  3. Pemain Tengah: #77 C. Suwarnaraj (23 Tahun)
  4. Pertahanan: #2 Quentin Cheng (22 Tahun)
  5. Penyerang: #10 Sheriddin Boboev (22 Tahun)
  6. Pemain Tengah: #19 Nurfais Johari (22 Tahun)
  7. Pertahanan: #37 Azmeer Aris (22 Tahun)
  8. Penyerang: #99 Zafuan Azeman (22 Tahun)

PJ City FC

R. Kogileswaran, Foto: PJ City
  1. Penyerang: #7 R. Kogileswaran (23 Tahun)
  2. Pertahanan: #14 Jeremy Lim (23 Tahun)
  3. Pemain Tengah: #9 Sunil Chandran (22 Tahun)
  4. Pemain Tengah: #13 K. Thivandaran (22 Tahun)
  5. Pertahanan: #66 Nabil Hakim Bokhari (22 Tahun)
  6. Pertahanan: #69 Syahmi Zamri (21 Tahun)
  7. Pemain Tengah: #19 V. Ruventhiran (20 Tahun)

Perak FC

Adib Ra’op, Foto: MFL
  1. Pemain Tengah: #19 Farid Khazali (23 Tahun)
  2. Pertahanan: #33 Nazmi Ahmad (23 Tahun)
  3. Pemain Tengah: #34 Khairul Amizan Suhaimi (23 Tahun)
  4. Penjaga Gol: #30 Azri Ab Ghani (22 Tahun)
  5. Penyerang: #77 Adib Abdul Ra’op (22 Tahun)
  6. Pemain Tengah#88 Izzudin Roslan (22 Tahun)

Sabah FC

Saddil Ramdani ketika mengekang gerakan Faisal Halim, Foto: Terengganu FC
  1. Penyerang: #16 Ariusdius Jais (23 Tahun)
  2. Pertahanan: #25 Evan Wensley Wenceslaus (23 Tahun)
  3. Penjaga Gol: #1 Joslan Aping (22 Tahun)
  4. Pemain Tengah: #24 Syukri Baharun (22 Tahun)
  5. Pemain Tengah: #42 Saddil Ramdani (22 Tahun)
  6. Penjaga Gol: #35 Azlizan Azlan (20 Tahun)

Johor Darul Ta’zim

Arif Aiman, Foto: Johor Southern Tigers
  1. Penjaga Gol: #26 Haziq Nadzli (23 Tahun)
  2. Penyerang: #19 Akhyar Abdul Rashid (22 Tahun)
  3. Pertahanan: #15 Feroz Baharudin (21 Tahun)
  4. Penyerang: #17 Ramadhan Saifullah (21 Tahun)
  5. Penyerang: #42 Arif Aiman Hanapi (19 Tahun)

Kedah Darul Aman FC

Fayadh Zulkifli, Foto: Kedah Darul Aman
  1. Pemain Tengah: #20 Fadzrul Danel (23 Tahun)
  2. Pemain Tengah: #21 Fayadh Zulkifli Amin (23 Tahun)
  3. Pertahanan: #98 Loqman Hakim Marzuki (23 Tahun)
  4. Penyerang: #19 Aiman Afif Afizul (20 Tahun)

Kuala Lumpur City FC

Izreen Izwandy, Foto: KL City
  1. Pertahanan: #15 Azhar Apandi (22 Tahun)
  2. Pertahanan: #25 Anwar Ibrahim (22 Tahun)
  3. Pemain Tengah: #16 Izreen Izwandy (21 Tahun)

Sri Pahang FC

  1. Penyerang: #23 Nur Izzat Che Awang (23 Tahun)
  2. Pemain Tengah: #27 Arisazri Juhari (23 Tahun)
  3. Pertahanan: #33 Hasnul Zaim Zafri (19 Tahun)

Melaka United FC

  1. Pertahanan: #28 Amirul Hamer (23 Tahun)
  2. Pemain Tengah: #30 Shyamierul Razmee Johari (23 Tahun)
  3. Penyerang: #17 Hazim Abu Zaid (20 Tahun)
(Visited 2,278 times, 1 visits today)
Close