Written by 6:21 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Rahadiazli Rahalim ‘Goalkeeper’ Ke-6 Paling Tinggi Beraksi di Asia Tenggara

Penjaga gawang utama Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim menjadi penjaga gol keenam tertinggi yang beraksi dalam kancah liga utama di negara-negara asia tenggara pada musim ini.

Ini selepas kami melakukan carian dan menyenaraikan 10 penjaga gol tertinggi yang beraksi di setiap liga utama di rantau ini merangkumi Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dan beberapa negara lagi.

Selain daripada Rahadiazli yang bakal menjengah usia 20 tahun pada bulan mei kelak, seorang lagi penjaga gol yang beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia turut tersenarai dan paling mengejutkan, beliau merupakan penjaga gol paling tinggi yang beraksi di asia tenggara.

Untuk makluman, ketinggian merupakan salah satu aspek yang amat bernilai buat pemain yang beraksi sebagai penjaga gol dalam sesebuah pasukan bola sepak. 

Sebagai contoh, penjaga gol yang tinggi dapat mendepakan tangannya dengan lebih panjang untuk melakukan ‘saves’ atau menangkap bola serta menafikan bola-bola tinggi yang berbahaya menuju ke gawangnya.

Tanpa berlengah masa lagi, berikut adalah senarai 10 penjaga gol tertinggi yang beraksi di liga-liga utama di rantau asia tenggara (ASEAN) khas untuk tatapan pembaca laman sesawang Sukanz:

#10 Riki Kimura (1.90 Meter)

Foto: Balestiar Khalsa

Umur: 20 Tahun

Tarikh Lahir: 14 November 2000

Kerakyatan: Singapura

Kelab: Balestier Khalsa

Liga: Singapore Premier League

Penjaga gol muda ini adalah produk National Football Academy milik Persatuan Bolasepak Singapura (FAS). Dilahirkan di negara seberang tambak namun memiliki campuran darah Singapura dan Jepun. Tahun ini Kimura dipinjamkan oleh Lions City Sailors kepada Balestiar Khalsa untuk mengharungi saingan Singapore Premier League 2021.

#9 Takahiro Koga (1.91 Meter)

Foto: Singapore Premier League

Umur: 22 Tahun

Tarikh Lahir: 11 Mac 1999

Kerakyatan: Jepun

Kelab: Albirex Niigata

Liga: Singapore Premier League

Takahiro Koga merupakan pemain muda kelahiran negara matahari terbit yang beraksi bersama pasukan satelit, Albirex Niigata yang dalam saingan Singapore Premier League. Setakat 3 perlawanan awal yang diharunginya, Koga telah merekodkan dua clean sheet.

#8 Michael Falkesgaard (1.91 Meter)

Foto: True Bangkok United

Umur: 29 Tahun

Tarikh Lahir: 9 April 1991

Kerakyatan: Filipina

Kelab: True Bangkok United

Liga: Thai League 1

Falkesgaard merupakan pemain kacukan Filipina-Denmark yang beraksi dalam saingan Thai League 1. Dilahirkan di Kastrup, Denmark namun memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan The Azkals. Memulakan karier bola sepaknya di Denmark tetapi pada tahun 2017 beliau beralih angin mencari cabaran di rantau asia tenggara dengan menyertai True Bangkok United dan kekal sehingga ke hari ini.

#7 Korrakot Pippatnada (1.92 Meter)

Foto: Muangthong United

Umur: 21 Tahun

Tarikh Lahir: 15 Julai 1999

Kerakyatan: Thailand

Kelab: SCG Muangthong United

Liga: Thai League 1

Penjaga gol muda ini disebut-sebut sebagai ‘Rising Star’ untuk pasukan Muangthong United. Pada saat ini, penjaga gol kelahiran Bangkok ini merupakan penjaga No.2 pasukan di belakang Somporn Yos.

#6 Rahadiazli Rahalim (1.92 Meter)

Foto: FAM

Umur: 19 Tahun

Tarikh Lahir: 29 Mei 2001

Kerakyatan: Malaysia

Kelab: Terengganu FC

Liga: Liga Super Malaysia

Mula melakukan debut bersama skuad senior Terengganu FC pada perlawanan pertama Liga Super 2020 ketika menentang Perak. Walaupun bolos 3 gol pada penampilan tersebut dan menyebabkan pasukannya tewas 3-1 tetapi aksinya telah menarik perhatian peminat. Sejak daripada itu, ketua jurulatihnya tetap memberikan kepercayaan kepadanya untuk terus bermula dalam kesebelasan utama dan akhirnya, pada tahun ini, hasil konsistensi permainannya, Rahadiazli dipanggil ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai latihan pusat Harimau Malaya.

#5 Phan Minh Thanh (1.93 Meter)

Umur: 23 Tahun

Tarikh Lahir: 1 Januari 1998

Kerakyatan: Vietnam

Kelab: Than Quang Ninh FC

Liga: V.League 1

Penjaga gol tinggi lampai kelahiran Vietnam ini juga menjadi bualan peminat bola sepak disana dek kerana fizikalnya setara pemain eropah. Ketika ini beraksi bersama skuad Thanh Quang Ninh yang menduduki tangga ke-2 V.League 1 sebagai penjaga gol simpanan.

#4  Buu Ngoc Tran (1.93 Meter)

Foto: Hoang Anh Gia Lai

Umur: 29 Tahun

Tarikh Lahir: 19 Jun 1991

Kerakyatan: Vietnam

Kelab: Hoang Anh Gia Lai FC

Liga: V.League 1

Penjaga gol keempat tertinggi yang beraksi di pentas asia tenggara ini merupakan penjaga gol utama pasukan dalam saingan musim lalu. Namun tahun ini tempatnya dicabar oleh penjaga gol yang seusia dengannya, Huynh Tuan Linh.

#3 Sarut Nasri (1.95 Meter)

Foto: Chonburi FC

Umur: 25 Tahun

Tarikh Lahir: 8 Jun 1995

Kerakyatan: Thailand

Kelab: Chonburi FC

Liga: Thai League 1

Pemain yang memiliki ketinggian 1.95 meter ini merupakan rakan sepasukan pemain kacukan Malaysia-Sweden iaitu Junior Eldstal di Chonburi FC. Penjaga gol ini memulakan karier profesionalnya dalam bola sepak pada tahun 2014 dan selang lima tahun kemudian, pasukan yang terkenal dengan julukan The Shark ini mengikat khidmatnya. Ketika ini dia masih berstatus penjaga gol simpanan.

#2 Samuel Cunningham (1.95 Meter)

Foto: Nakhonratchasima FC

Umur: 32 Tahun

Tarikh Lahir: 18 Januari 1989

Kerakyatan: Thailand

Kelab: Nakhonratchasima FC

Liga: Thai League 1

Samuel merupakan penjaga gol kelahiran Nonthaburi, Thailand namun mempunyai darah kacukan Amerika Syarikat. Menariknya, penjaga gol utama pasuka yang digelar The Swat Cat ini pernah menjadi rakan sepasukan kepada penyerang kebangsaan Harimau Malaya, Shahrel Fikri ketika dia bermain sebagai pemain pinjaman di Thai League 1 pada tahun 2018 lalu.

#1 Dominik Picak (1.95 Meter)

Foto: UiTM FC

Umur: 29 Tahun

Tarikh Lahir: 12 Februari 1992

Kerakyatan: Croatia

Kelab: UiTM FC

Liga: Liga Super Malaysia

Jarang-jarang sekali kita menyaksikan pasukan Liga Super mengambil pemain import di posisi penjaga gol namun musim ini UiTM FC yang dibimbing oleh Frank Bernhardt membuat keputusan untuk mengikat penjaga gol kelahiran Croatia, Dominik Picak. Memiliki ketinggian 1.95 meter dan telah membuat penampilan sebanyak 3 kali pada musim ini. Selain daripada skuad Lions Troop, pasukan KL City antara pasukan lain dalam saingan Liga Super yang mendapatkan penjaga gol import berketinggian 1.88 meter iaitu Kevin Ray Mendoza, pemain Filipina yang mempunyai darah kacukan Denmark.

Bonus!

Foto: Birmingham City

Sebagai perbandingan, penjaga gol utama Thailand, Kawin Thamsatchanan (31 tahun) yang beraksi di Liga Belgium mempunyai ketinggian 1.83 meter. Manakala penjaga gol kacukan Rusia-Vietnam, Dang Van Lam (27 tahun) yang kini bermain bersama Cerezo Osaka berketinggian 1.89 meter dan akhir sekali, penjaga gol utama Filipina yang beraksi bersama Birmingham City, Neil Etheridge (31 tahun) memiliki ketinggian 1.88 meter.

*Nota: Info mengenai ketinggian, tarikh lahir dan kerakyatan pemain-pemain adalah berdasarkan laman sesawang Transfermarkt.

Featured Image: Malaysian Football League

(Visited 2,297 times, 1 visits today)
Close