Written by 5:46 pm Bola Sepak, Malaysia

Kelantan Lancarkan TRWpay Untuk Mudahkan Peminat Melakukan Transaksi Atas Talian

Pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Premier, Kelantan FC tampil menjadi kelab bola sepak yang pertama melancarkan sistem pembayaran atas taliannya yang tersendiri, TRWpay pada hari ini.

Menurut pemilik Kelantan FC yang merupakan ahli perniagaan dan pelaburan, Norizam Tukiman berkata, payment gateway ini akan memudahkan urusan penjualan tiket penstriman langsung perlawanan The Red Warrior (TRW) dan pembelian cenderahati di laman sesawang kelab.

Selain itu, TRWpay juga boleh digunakan oleh para peniaga online dan offline dengan sokongan plugin dan API Integration serta ciri-ciri QR Pay untuk memudahkan transaksi pembayaran.

Antara segmen yang menjadi perhatian TRWPay adalah pengusaha fasiliti sukan seperti gelanggang futsal, dewan badminton dan sebagainya untuk memudahkan urusan tempahan gelanggang.

Untuk makluman, TRWpay telah dilancarkan dan boleh digunakan bermula hari ini, 1 april 2021.

Sementara itu, pihak TRW memberi diskaun sebanyak 13% dari kadar rata RM1.50 sepanjang april sempena pelancaran dengan menjadikan setiap transaksi hanya akan dikenakan caj RM1.30 sahaja.

Untuk pengetahuan semua, sistem pembayaran atas talian TRWpay ini dibangunkan hasil kerjasama TRW Sdn Bhd bersama SecurePay dan Cool Code.

(Visited 116 times, 1 visits today)
Close