Written by 1:24 pm Permotoran

‘The Flying Sikh’ Kembali Berlumba Bersama Cisco Racing Pada Usia 59 Tahun

Pelumba rali legenda negara, Karamjit Singh mengumumkan kembali berlumba dalam kejohanan rali bersama pasukan baharu, Cisco Racing pada usia 59 tahun.

Pengumuman itu dilakukannya dalam satu majlis pelancaran pasukan Cisco Racing, semalam.

Pelumba yang terkenal dengan julukan The Flying Sikh itu bakal membuat penampilannya dalam Kejohanan Rali Kebangsaan Malaysia2021 yang akan berlangsung pada 26-27hb jun kelak bertempat di Sepang.

Menurut laporan FMT, Karamjit akan mempertaruhkan Proton Gen2 yang tersadai di rumahnya sejak perlumbaan terakhirnya sekitar 2018 sebagai jentera ralinya.

Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan lama Karamjit, Jagdev Singh yang teruja untuk kembali menyertai rali bersama Karamjit mewakili Cisco Racing.

Untuk rekod, Karamjit pernah merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Rali Dunia Kategori Produksi pada tahun 2002 bersama Petronas EON Racing Team (PERT).

Penghujung tahun lalu Karamjit meraih perhatian ramai apabila terpaksa menjual kenderaan peribadinya iaitu sebuah Proton Waja bagi memulakan ‘kerjaya baharu’ sebagai pemandu e-hailing.

Featured Image: Karamjit Singh Facebook

(Visited 104 times, 1 visits today)
Close