Artikel

Ulasan Sukanz: Bergson Terus Menerobos Gawang, Kemasukan Nazmi Tingkat Kreativiti JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 9 perlawanan dalam saingan Liga Super 2021 selepas berjaya menumpaskan Sri Pahang di Stadium Darul Makmur pada aksi yang berlangsung sabtu lalu.

Dua jaringan oleh skuad Harimau Selatan tersebut disumbangkan oleh pemain tengah Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-23 dan penyerang Brazil, Bergson da Silva pada minit ke-94.

Pasukan tuan rumah bukan sahaja tidak dapat menjelmakan sebarang jaringan malahan terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila salah seorang pemainnya, Mohamed Ezanie Mat Salleh dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Berikut adalah ulasan perlawanan antara Sri Pahang dan JDT khas untuk tatapan pembaca Sukanz:

#1 Persembahan Adam Nor Azlin Semakin Meningkat

Foto: JST

Akhir-akhir ini, bek tengah, Adam Nor Azlin semakin kerap menjadi pilihan Benjamin Mora untuk bermula dalam kesebelasan utama di bahagian pertahanan untuk digandingkan bersama bek tengah import, Mauricio.  

Ketika menentang Sri Pahang, Adam menampilk peningkatan di dalam persembahannya dan menampilkan kualiti yang baik daripada segi bertahan, berkemampuan membaca corak permainan pihak lawan dengan baik dan memimpin barisan pertahanannya.

Di dalam perlawanan tersebut, Adam turut berjaya intercept beberapa bola yang cuba dihantar oleh pemain lawan dan mudah mematahkan serangan yang dilancarkan oleh pemain-pemain Pahang.

Diramalkan, Adam bakal menjadi pilihan utama Benjamin Mora untuk bermain dalam kesebelasan utama. Bahkan. Sekiranya Aidil bersara, Adam bakal menjadi tonggak utama untuk membarisi pertahanan JDT pada masa hadapan.

#2 Work Rate Yang Tinggi Oleh S. Kunanlan dan Corbin-Ong

Foto: JST

Kedua-dua full-back JDT iaitu S. Kunanlan (kanan) dan Corbin-Ong (kiri) mencuri tumpuan dengan permainan mereka yang bersungguh-sungguh dan mempunyai work rate yang tinggi ketika menentang Sri Pahang baru-baru ini. 

Daripada segi bertahan, kedua-duanya mempunyai fizikal yang baik dan mempunyai kekuatan (strength). Pada masa yang sama, kedua-duanya akan turut naik ke atas, melakukan overlapping dan melakukan crossing apabila perlu bagi memberi sokongan ketika menyerang.

#3 Bergson Kekal Menerobos Gawang Lawan

Foto: JST

Setiap kali melihat Bergson bermain, kami cukup tertarik dengan positioning yang ditunjukkan olehnya. Penyerang berusia 39 tahun kelahiran Brazil ini sentiasa berada di tempat yang sepatutnya dan memudahkan rakan sepasukan mencarinya. 

Selain itu, dia turut menjadi penyambung ketika pasukan mengatur serangan. Antara mimpi ngeri yang perlu dihadapi oleh pasukan yang bertemu Bergson adalah kemampuan kedua-dua kaki kanan dan kirinya yang hidup berserta penyudah yang sangat baik.

Itulah yang ditunjukkan oleh Bergson ketika menjaringkan gol kedua buat JDT dalam waktu kecederaan ketika menentang Sri Pahang tempoh hari. Lihat kembali bagaimana Bergson dapat menimbang bola terlebih dahulu sebelum melakukan turning dan kemudiannya merembat jaringan peribadinya ke-9 dalam saingan liga musim ini.

#4 Kemasukan Nazmi Faiz Tingkatkan Kreativiti JDT

Foto: JST

Dalam perlawanan tersebut, Benjamin Mora menurunkan trio midfield yang terdiri daripada Leandro Velanzquez, Afiq Fazail dan Hariss Harun. Namun pada perlawanan tersebut menampakkan JDT sedikit kurang kreatif.

Trio ini dilihat mengawal permainan dengan sedikit perlahan dan lebih gemar mengekalkan momentum serta mengekalkan penguasaan bola. Ketiadaan Natxo Insa dalam perlawanan ini untuk menjadi enjin yang menggerakkan serangan dirasai.

Bagaimanapun, ketika Benjamin Mora memasukkan pemain tengah, Nazmi Faiz pada minit ke-83, walau dalam masa yang singkat, Nazmi berhasil meningkatkan kreativiti bahagian tengah JDT. Malahan, pemain berusia 26 tahun ini berjaya mencipta satu assist yang cukup cantik buat Bergson untuk menjaringkan gol kedua buat JDT ke atas Sri Pahang. 

Berdasarkan kepada persembahan ini, Nazmi dilihat sesuai diturunkan apabila mereka bertemu dengan pasukan yang bermain secara ‘park the bus’

#5 Yovhen Bokhashvili Tidak Memberikan Sebarang Impak

Foto: JST

Beralih kepada Sri Pahang, antara yang ingin disentuh adalah penyerangnya, Yovhen Bokhasvhili yang tidak memberikan sebarang impak. Jika begitu persembahannya, adalah lebih baik menggunakan pemain tempatan. 

Sementara itu, Sri Pahang turut berdepan dengan masalah tidak mempunyai pemain yang menjadi penghubung antara pemain tengah dan penyerang. Hanya selepas kemasukan Zuhair sahaja barulah ianya sedikit membantu. Sekiranya dia dimasukkan lebih awal atau bermula dalam kesebelasan utama, mungkin ad sesuatu boleh dijelmakannya.

p/s: Ulasan ini dikongsikan oleh peminat tegar bola sepak tempatan, Wafiy Amran. Sekiranya anda suka ulasannya, anda boleh mendengar ulasan untuk perlawanan Liga Super yang lain di saluran Youtube, WAFIY AMRAN.

Featured Image: Johor Southern Tigers

komen