Written by 3:31 pm Bola Sepak, Malaysia

CEO Berjaya, Jalil Rasheed Antara 9 Individu Dipilih Untuk Bantu FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai penuh sembilan individu yang dipilih sendiri oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin bagi menganggotai Pasukan Petugas Khas Presiden atau Presidential Task Force (PTF) pada hari ini.

Mereka yang dipilih terdiri daripada kalangan peneraju korporat, syarikat berkaitan kerajaan, pengamal undang-undang, ahli akademik, penyokong bola sepak, media serta kerabat diraja.

Salah seorang yang disenarakan adalah seorang ahli korporat yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Corporation Berhad. Sebelum itu, beliau pernah bergelar sebagai individu termuda yang menjawat jawatan CEO di Perbadanan Nasional Berhad.

Antara nama yang lain dipilih ialah Tengku Salehuddin Shah Alhaj Tengku Sulaiman Shah Alhaj atau lebih dikenali sebagai Tengku Bib dan merupakan Tengku Indera Bijaya Diraja Selangor.

Hamidin turut menyeraikan Datuk Ruzain (Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia), Khairul Kamarudin  (CEO Bank Muamalat Malaysia), Dr. Mohd Bahrin Othman (Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, UiTM) dan Muhammad Tarmizi Abdul Aziz (wakil penyokong dan penggerak utama Ultras Malaya).

Selain itu, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian (Ahli Akademik dan Pensyarah USM), Ooi Kin Fai (wartawan) dan terakhir Dr. Wirdati Mohd Radzi (Pensyarah Kanan Pusat Sukan dan Sains Eksesais UM) turut disenaraikan.

Untuk makluman, PTF ini bertujuan untuk memberi peluang kepada individu-individu yang bukan daripada persatuan bola sepak negeri untuk menyumbang idea membantu Presiden FAM merencanakan hala tuju badan induk bola sepak negara.

FAM berharap individu-individu yang telah dilantik ini dapat memainkan peranan masing-masing dalam memberikan pendapat serta idea bernas demi membantu Presiden FAM bagi mendapatkan input daripada pihak yang luar dari kelompok biasa pemegang taruh bola sepak negara.

Dalam mengumpul maklumat sebagai usaha mencanai idea-idea baharu yang bernas, PTF diberi hak untuk mengadakan sesi perbincangan dengan pemegang taruh industri bola sepak.

Penubuhan PTF melambangkan kesediaan FAM mengambil kira pendapat dari semua lapisan peminat, penyokong dan masyarakat ke arah memajukan lagi bola sepak.

Jumlah ahli yang menganggotai PTF boleh ditambah atau dikurangkan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan budi bicara Presiden.

Sumber: FAM

(Visited 258 times, 1 visits today)
Close