Written by 5:02 pm Bola Sepak, Malaysia

Bekas Pemain Liga Super Perkuatkan MNY FC Untuk Harungi Saingan Liga M3

Beberapa bekas pemain Liga Super disenaraikan oleh kelab berpangkalan di Ipoh, Kelab Bola Sepak MNY (MNY FC) bagi mengharungi saingan Liga M3 musim 2021 yang akan bermula pada jun kelak.

Pasukan yang dibimbing oleh S. Sathia Kumaran ini menyenaraikan pemain-pemain yang tidak asing dengan pentas tertinggi bola sepak negara seperti Mohd Hafiz Kamal, Muhammad Afiq Azmi, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri dan Khairul Amri Salehuddin.

Selain itu, mereka turut diperkuatkan dengan pemain seperti Muhamad Norfiqrie bin Abdul Talib dan Aminuddin Abu Bakar dari Kedah serta bekas pemain Perak, Hamizul Izaidi Zulkifli.

Untuk makluman, Norfiqrie dan Aminuddin pernah merasai pengalaman berlatih di luar negara selama sebulan apabila Norfiqrie telah mendapat peluang menjalani latihan selama sebulan di Perth Glory manakala Aminuddin pula ke Cardiff City.

Kesemua pemain ini bersama-sama 21 lagi pemain yang lain diperkenalkan dalam satu majlis pengenalan pemain, pelancaran jersi serta sesi menandatangani kontrak bersama penaja-penaja di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh, semalam.

Bersempena majlis tersebut juga, Samudra Group of Companies telah diumumkan sebagai penaja utama pasukan manakala Tower Regency Hotel & Apartments selaku penaja bersama serta jenama dari Itali, Kronos selaku penaja kelengkapan rasmi MNY FC.

Sesi menandatangani kontrak telah diadakan di antara MNY FC menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), R. Surendren dengan Samudra Group of Companies yang diwakili oleh Encik Md Paisal Hamsan manakala Encik Simon Leong Hoe Kin pula mewakili Tower Regency Hotel & Apartments.

Sementara itu, Kronos diwakili oleh Encik Vincent Lai Wai Onn bagi sesi menandatangani kontrak. Sehubungan dengan ikatan yang terjalin, Kronos telah bersetuju untuk menaja pasukan utama serta pasukan pembangunan MNY FC bagi tempoh dua tahun.

Untuk makluman, MNY FC telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Kijang Rangers FC, Cyberlynx FC, Manjung City FC, Perlis United FC, BRM FC, PIB FC, KL Rovers FC, Armed Force FC dan Ultimate FC. Saingan peringkat kumpulan Liga M3 akan bermula pada 4 jun dan akan tamat pada 3 oktober 2021.

Berikut adalah senarai penuh barisan pemain skuad Liga M3 MNY FC:

Penjaga Gol

Khairul Amri Bin Salehuddin 

Mohd Izzuan Ikmal Bin Mohd Mukri

Muhammad Syafeeq Bin Syamsul

Pertahanan

Suryaprakash A/L Gunahlan

Sanjef Dinesh A/L R.S Baskeran

Muhammad Hafiz Bin Azmi

Thevendran A/L Karunadurai

Norfiqrie Abdul Talib

Ranesh A/L Jayasankar

Thanasegar A/L Joseph

Azwan Ismail Ibrahim 

Pemain Tengah

Mohamed Faziz Bin Mohamed Noor (Ketua pasukan)

Mohd Hafiz Bin Kamal

Mohamad Fazrul Hazli Bin Mohd Kadri

Wan Muhammad Iman Iltizam Bin Wan Zulkifli

Muhammad Fariduddin Bin Zainal

Mohamad Adzem Bin Mansor

Muhammad Faiezzul Fahmy Bin Mat Fazil

Muhammad Haikell Bin Ali

Pemain Sayap

Aminuddin Bin Abu Bakar

Muhammad Hakimi Bin Hussin 

Arvinth Rao A/L Jeeva Rao

Asmund Yew Ping Chi

Roshan Raj A/L Silvamaney

Penyerang

Surendren A/L Rasiah

Hamizul Izaidi Bin Zulkefli

Muhammad Afiq Bin Azmi

Refon A/L Roslan

(Visited 693 times, 1 visits today)
Close