Written by 1:34 pm Bola Sepak, Malaysia • One Comment

Kedatangan Ryan Lambert Menunjukkan KL City Mempunyai Aktiviti ‘Scouting’

Kehadiran bekas pemain dan pengulas bola sepak, Stanley Bernard selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ke dalam Kuala Lumpur City (KL City) FC telah membawakan banyak pembaharuan.

Terbaharu, skuad ibu kota tersebut telah mempunyai aktiviti ‘scouting’ atau pemantau bakat bagi meneliti pemain-pemain tempatan, kacukan atau import yang boleh dibawa masuk untuk beraksi bersama KL City.

Menerusi aktiviti tersebut, mereka dapat mengenal pasti, meneliti seterusnya membawa dua pemain berdarah kacukan Malaysia iaitu Ryan Lambert dan Luke Tan Xian ke Kuala Lumpur, penghujung april lalu.

Ryan Lambert ketika bersama kelab lamanya, FC Den Bosch

“Kami membuat ‘scouting’, boleh dikatakan kita mempunyai pemantau bakat dari setiap benua, sebabnya saya datang daripada bidang analisis (sebelum ini) dan mempunyai ramai rakan daripada liga-liga eropah,

“Apabila mereka memberikan saya laporan dan saya sering meneliti (pemain-pemain) sebelum di bawa berbincang bersama (Bojan) Hodak, Kita dapat ramai pemain (kacukan) tetapi kita pilih Ryan (Lambert) kerana dia datang daripada daripada saingan liga yang tinggi iaitu divisyen dua Belanda,

“Kita menelitinya selama empat bulan sebelum membuat keputusan (menandatangani Ryan Lambert),” kata Stanley ketika dihubungi oleh Sukanz, baru-baru ini.

Sementara itu, Stanley memaklumkan permohonan kewarganegaraan Ryan yang dilahirkan di Kuala Lumpur itu sedang dalam proses. Untuk makluman, Ryan pemain berusia 22 tahun ini adalah kacukan Australia-Malaysia dan ibunya merupakan rakyat Malaysia.

“Kita hanya menunggu proses daripada pihak berkuasa dan apabila selesai dia akan bermain bersama KL City,” jelasnya lagi.

Luke Tan Xian – Foto: Dacia Unirea Braila

Sementara itu, seorang lagi pemain iaitu Luke Tan Xian yang merupakan seorang penyerang masih lagi berada dalam fasa percubaan bersama KL City. Luke dilihat sebagai seorang pemain berbakat tetapi Stanley memerlukan sedikit masa lagi untuk meneliti kemampuan pemain tersebut memandangkan dia datang daripada saingan bawahan divisyen Liga Inggeris. 

Tambahnya lagi, semuanya akan terletak kepada penilaian Bojan, dan jurulatih berasal Croatia itu akan memaklumkan kepadanya sekiranya khidmat Luke sesuai untuk ditambat oleh KL City ataupun tidak.

Featured Image: Instagram Ryan Lambert

(Visited 859 times, 1 visits today)
Close