Written by 6:46 pm Bola Sepak, Malaysia

Dato’ Seri Vida Tanya Patutkah Dia Miliki Perak FC Sambil Membuat Tinjauan di Stadium

Hasrat usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Dato’ Seri Vida untuk memiliki pasukan Perak FC nyata bukan omongan kosong.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya, Dato’ Seri Vida dilihat melakukan tinjauan ke Stadium Perak, pada hari ini.

Tinjauan itu dilakukannya selepas media tempatan melaporkan usahawan berusia 49 tahun tersebut sedang mempertimbangkan untuk memiliki pasukan skuad The Bos Gaurus, semalam.

Tangkap layar perkongsian Dato’ Seri Vida mengenai ambil alih dan tinjauan di Stadium Perak

“Saya sudah ada pengalaman (terlibat dalam bola sepak) jadi sebelum buat apa-apa, saya perlu tengok, tinjau dan kaji (terlebih dahulu).” katanya.

Untuk makluman, sekitar lima tahun yang lalu, Dato’ Seri Vida tampil sebagai penaja utama pasukan Kelantan. Pada saat itu, beliau dilaporkan membuat tajaan bernilai RM20 juta secara keseluruhan kepada skuad The Red Warriors bagi tempoh dua musim.

Bagaimanapun, penglibatan Dato’ Seri Vida selaku penaja menerusi syarikatnya, Vida Beauty Sdn Bhd hanya bertahan semusim sahaja iaitu pada tahun 2016 sebelum membuat keputusan untuk menangguhkannya pada penghujung tahun yang sama.

“Sebelum saya ambil alih atau terlibat (bersama) The Bos Gaurus saya kena buat post-mortem, kajian, maintenance dia macam mana, gaji pemain macam mana, senario sekarang macam mana dan bagaimana pulangan (kepada saya),”

“Ini investment, takkan keluar-keluar dan masuknya ikut mana?” katanya lagi.

Sambil melakukan tinjauan di perkarangan Stadium Perak yang terletak di Ipoh, Dato’ Seri Vida turut melontarkan persoalan kepada orang ramai terutamanya penyokong Perak samada wajar atau tidak beliau terlibat atau miliki pasukan ini ditambah pula negara dan seluruh dunia sedang dilanda pandemik Covid-19 pada ketika ini.

Beliau yang menetap di Ipoh turut menanyakan adakah penglibatan beliau bersama pasukan tersebut akan mendapat sokongan para penyokong dengan membeli barangan cenderamata pasukan dan juga barangan yang dijual oleh syarikatnya.

Apa pandangan yob-yob sekalian?

Tonton video Dato’ Seri Vida DI SINI

(Visited 610 times, 1 visits today)
Close