Written by 11:29 am Asia, Bola Sepak, Malaysia

Pemain Liga Divisyen 2 Bahrain, Habib Haroon Bakal Isi Kuota Import Asia Terengganu?

Sebuah akaun media sosial yang melaporkan mengenai perkembangan sukan di Bahrain memaklumkan seorang pemain yang beraksi di negara tersebut akan tiba di bumi Malaysia.

Akaun Instagram, Bahrain Sports News (@bsn.bh) mendedahkan pemain tengah bernama Habib Haroon yang beraksi dalam saingan liga divisyen 2 Bahrain, Al Khalidiya bakal berhijrah ke pasukan yang menduduki tangga ke-2 Liga Super iaitu Terengganu.

Posting yang dimuat naik oleh Bahrain Sports News

“Pemain pasukan Khalidiya, Habib Haroon akan berhijrah ke Malaysia dan menyarung jersi pasukan Terengganu, yang sedang berada di kelompok teratas Liga Super Malaysia dan akan menyertai Piala AFC 2021.” tulis Bahrain Sports News dan dikongsikan oleh akaun tersebut, semalam.

Menguatkan lagi ‘berita tidak rasmi’ penghijrahan pemain berusia 20 tahun ini ke Terengganu adalah hantaran tersebut turut dikongsikan oleh sendiri oleh akaun media sosial Habib menerusi Instagram Story sekitar 12 jam yang lalu.

Tangkap layar Instagram Story Habib Haroon

Untuk makluman, Habib merupakan pemain kelahiran Nigeria namun memiliki passport Bahrain. Ini membolehkannya mengisi kekosongan kuota pemain asia skuad Nafuzi Zain yang ditinggalkan oleh Christopher Herd ekoran kecederaan meniscus.

Kuota pemain import asia ini amat diperlukan oleh Nafuzi untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim ini. Bagaimanapun, masih tiada sebarang makluman rasmi mengenai kehadiran pemain ini daripada kem Terengganu.

Habib mempunyai ketinggian 170 meter dan beraksi di bahagian tengah.

Habib yang menyertai Al Khalidiya bermula november tahun lalu telah memainkan peranan penting dalam membantu meraih pasukan ini meraih kedudukan naib juara liga divisyen 2 Bahrain bagi musim 2020-2021.

Al Khalidiya memberikan tentangan sengit kepada Al Hala sepanjang musim ini untuk merebut kejuaraan liga. Malahan, juara pada musim Ini terpaksa ditentukan pada aksi terakhir liga melibatkan pertembungan kedua-dua pasukan.

Sayangnya, Al Khalidiya terlepas peluang untuk merangkul trofi kejuaraan apabila tewas 1-2 dalam perlawanan tersebut di tangan pasukan Al Hala.

Carta Liga Divisyen 2 Bahrain 2020-21 selepas 18 perlawanan.

Secara keseluruhan, pasukannya meraih 38 mata hasil daripada 12 kemenangan, 2 seri dan 4 kekalahan pada musim ini dan Al Khalidiya hanya dibezakan dengan 3 mata sahaja dengan Al Hala.

Untuk rekod, sebelum daripada ini, Habib merupakan pemain Al-Riffa sejak daripada musim 2018-2019. Dia merangkul kejuaraan bersama Al-Riffa pada musim sulungnya bersama kelab tersebut dan meraih tempat ke-3 pada musim berikutnya.

Habib ketika menandatangani kontrak bersama Al Riffa pada tahun 2018.

Sebagai tambahan, Habib turut mempunyai dua penampilan di pentas kelayakan AFC Champions League (ACL) 2020 ketika menentang Chennai City (India) dan Padideh Khorasan (Iran).

Selain itu, dia juga mempunyai pengalaman beraksi di pentas Piala AFC 2020 dengan membuat dua penampilan ketika menentang Al Qadsia (Kuwait) dan Al-Jazeera (Jordan).

(Visited 2,178 times, 1 visits today)
Close