Written by 11:30 am Asia, Bola Sepak, Malaysia

Sebarang ‘Friendly Match’ Tidak Dibenarkan Ketika PKP 1 – 14 Jun

Pasukan bola sepak yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang perlawanan persahabatan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 hingga 14 jun.

Bagaimanapun, sesi latihan bagi pasukan-pasukan masih boleh diteruskan dengan menggunakan kaedah ‘Camp Based Training’ sepertimana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Foto: Terengganu

Selain daripada perlawanan persahabatan, pergerakan merentas daerah dan negeri turut tidak dibenarkan kepada mana-mana pasukan.

Sehubungan itu, penganjur bola sepak domestik, Malaysian Football League (MFL) menggesa setiap pasukan memberikan kerjasama dengan mematuhi SOP yang telah digariskan. 

MFL turut mengingatkan, sebarang kecuaian atau pelanggaran SOP oleh mana-mana pasukan akan menyebabkan mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Setakat ini, lima pasukan iaitu Kedah Darul Aman, Terengganu, UiTM dan PDRM FC serta Terengganu FC II sudah mendapat kelulusan MFL untuk mengadakan latihan mengikut kaedah ‘Camp-Based Training’.

Sumber: MFL

Featured Image: Kedah Darul Aman

(Visited 79 times, 1 visits today)
Close