Written by 4:26 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Perak Jimat Setengah Juta Sebulan Lepaskan 6 Tonggak Utama

Skuad berpangkalan di utara semenanjung, Perak FC dapat membuat penjimatan sekitar RM500,000 setiap bulan selepas melepaskan 6 pemain tonggak utamanya.

Ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka bermula 3 hingga 30 mei lalu, Perak dilaporkan telah melepaskan Guilherme de Paula, Shahrul Saad (JDT), J. Partiban, Kenny Pallraj (KL City), Nazirul Naim (Sabah) dan Shakir Hamzah (Liga Singapura).

“Melalui langkah-langkah penstrukturan semula ini juga Perak FC berjaya melakukan penjimatan kos sekitar setengah juta ringgit sebulan dan ia amat penting bagi membantu pasukan mengatasi krisis kewangan untuk jangka masa pendek dan panjang.” kata pihak pengurusan Perak dalam satu kenyataan, pada hari ini.

Foto: Perak FC

Bagaimanapun, untuk mengimbangi pemergian enam pemain tersebut, skuad The Bos Gaurus membawa masuk 9 pemain baharu dalam usahanya untuk meneruskan baki 9 perlawanan Liga Super.

Menurut laporan beberapa media tempatan, beberapa pemain telah dikaitkan menyertai Perak seperti Jad Noureddine dan Charlie Machell. Namun ianya belum diumumkan secara rasmi oleh Perak kerana menantikan kelulusan daripada Malaysian Football League (MFL).

Pada masa yang sama, Perak turut menjelaskan kehadiran pemain-pemain baharu ini menunjukkan pihak pengurusan serius untuk kekal kompetitif serta tidak mahu menghampakan semua peminat Perak.

Featured Image:  Perak FC

(Visited 113 times, 1 visits today)
Close