Written by 11:48 am Asia, Bola Sepak, Malaysia

Undian Rasmi Piala AFF 2020 Dijadualkan Pada 10 Ogos

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengesahkan akan mengadakan Majlis Undian Rasmi bagi kejohanan Piala AFF 2020 pada hari selasa, 10hb ogos 2021.

Bagaimanapun, lokasi majlis undian serta maklumat lanjut mengenai penganjurannya akan diumumkan oleh badan induk terbabit pada julai hadapan.

Dalam makluman yang sama, Presiden AFF, Khiev Sameth turut memaklumkan AFF merancang untuk mengadakan kejohanan dwi tahunan tersebut mengikut format โ€˜homeโ€™ dan โ€˜awayโ€™ di peringkat kumpulan sepertimana edisi yang lalu.

Bagaimanapun, dengan situasi semasa pandemik Covid-19, beliau berkata pihaknya turut melihat kemungkinan untuk mengadakan kejohanan ini di venue berpusat bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat.

Untuk makluman, edisi kejohanan Piala AFF kali ini dijadualkan bermula 5hb disember sehingga 1hb januari 2022 selepas ditunda beberapa kali ekoran pandemik Covid-19.

Featured Image:ย AFF Suzuki Cup

(Visited 31 times, 1 visits today)
Close