Artikel

Peminat Singapura Bangkang JDT III Sertai Singapore Premier League

Majoriti peminat bola sepak Singapura tidak senang dengan perancangan DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk menghantar pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) III untuk beraksi dalam saingan Singapore Premier League (SPL).

Bangkangan itu diluahkan oleh peminat bola sepak negara seberang tambak selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Lim Kia Tong mengeluarkan kenyataan akan meneliti permohonan JDT III untuk menyertai SPL dengan mengambil kira manfaat kepada bola sepak Singapura sebelum membuat sebarang keputusan.

Presiden FAS, Lim Kia Tong

Tinjauan kami di ruangan komen laman sosial AIA Singapore Premier League dan Football Association of Singapore mendapati majoriti peminat bola sepak di sana menggesa FAS menolak permohonan tersebut dan memberikan tumpuan kepada kelab-kelab tempatan untuk menyertai SPL berbanding pasukan luar seperti JDT III.

“Tolong jangan (benarkan). Ia tak memberi manfaat kepada kita langsung! Masukkan kelab-kelab tempatan dalam saingan liga (SPL).” tulis Alvin Tan.

“FAS sepatutnya menolak cadangan TMJ ini dengan secara tidak langsung, TMJ mengatakan SPL kita hanya di tahap bawah 21 tahun (B-21).” tambah Muhd Alhafiz.

“Kami tidak memerlukan sebuah lagi (pasukan luar) DPMM FC, terima kasih banyak-banyak.” luah Abu Hunaifah.

Skuad JDT III pada tahun 2019

“Sudah berapa banyak bawa masuk pasukan luar? Sinchi FC, Etoile FC, DPMM FC, Sporting Afrique FC, Beijing Guoan FC, Harimau Muda (dan lain-lain lagi). 

“Lebih baik bantu kelab tempatan seperti Jurong FC, Sembawang Rangers, Woodland Wellington (untuk sertai SPL), bukankah ini lebih baik?” lontar Yun Ru di ruangan media sosial terbabit.

Ada juga memerli penyertaan JDT III ini dengan mengatakan SPL merujuk kepada Singapore Premier League dan bukannya Southeast Asia Premier League untuk tidak membenarkan pasukan-pasukan dari negara jiran tetangga menyertainya.

Sebagai makluman, TMJ selaku pemilik JDT mendedahkan perancangannya untuk menghantar JDT III bermain di Liga Singapura agar dapat memberikan skuad Harimau Selatan B-21 perlawanan yang lebih kompetitif berbanding saingan tempatan, Piala Presiden.

Featured Image:  JOHOR Southern Tigers

komen