Written by 9:24 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Jentera Serangan Malaysia Bakal Berhadapan Benteng Pertahanan Vietnam – ‘Top 4’ Terbaik di Asia

Jentera serangan skuad kebangsaan bakal berhadapan dengan satu cabaran yang besar menjelang pertemuan menentang Vietnam pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal pagi sabtu nanti.

Safawi Rasid, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh yang berkemungkinan besar akan dipertaruhkan di jentera serangan Malaysia perlu menggandakan usaha sekiranya ingin ‘menebuk’ Vietnam – salah satu daripada empat pasukan yang memiliki benteng pertahanan terbaik di asia, buat masa ini.

Menurut statistik, Vietnam yang mendapat sentuhan daripada ketua jurulatih kelahiran Korea Selatan, Park Hang-seo hanya melepaskan satu gol sahaja daripada enam perlawanan yang telah diharungi dalam Kumpulan G.

Vietnam mencatatkan satu bolos ketika mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 15 oktober 2019. Jaringan oleh pasukan Indonesia itu disumbangkan oleh Irfan Bachdim.

Dua pasukan lain yang turut berkongsi jumlah bolos hanya satu gol bersama Vietnam adalah Qatar dan Jepun. Untuk makluman, kedua-dua pasukan, Qatar dan Jepun telah pun mengesahkan kemaraan ke saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia selaku pendahulu kumpulan masing-masing.

Sementara itu, Korea Selatan muncul satu-satunya pasukan asia yang belum mencatatkan sebarang bolos dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, setakat ini.

(Visited 192 times, 1 visits today)
Close