Written by 12:30 pm Permotoran

Video: Syarifuddin Potong Empat Pelumba di Pusingan Akhir Untuk Bergelar Juara Moto3 Remaja

Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman melakar kejutan dengan bergelar juara buat pertama kali dalam Kejohanan FIM CEV Moto3 Remaja Dunia 2021, semalam.

Walaupun bermula di petak kesepuluh, Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok terlebih dahulu berada di kelompok hadapan sepanjang perlumbaan.

Namun pada pusingan terakhir, dia yang berada di kedudukan kelima mengambil peluang untuk memintas empat pelumba di hadapannya ketika di selekoh kesepuluh.

Kelicikannya mengambil peluang tersebut membolehkannya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat sekaligus menobatkan pelumba berusia 19 tahun ini sebagai juara di Litar Catalunya, Sepanyol.

Mengekorinya di tempat kedua dan ketiga adalah pelumba Sepanyol, David Munoz Rodriguez dan Jose Antonio Rueda Ruiz.

Anda boleh menonton video Syarifuddin memotong empat pelumba dihadapannya pada pusingan akhir pada pautan video di bawah:

Atau boleh tonton highlight penuh perlumbaan DI SINI.

(Visited 245 times, 2 visits today)
Close