Written by 4:42 am Bola Sepak, Lain-Lain, Malaysia • One Comment

Kpah Sherman Raih Kemenangan Bersama Liberia Ketika Menentang Libya

Penyerang Kedah Darul Aman, Kpah Sherman meraih kemenangan bersama skuad kebangsaan Liberia ketika turun beraksi menentang Libya, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pemain berusia 29 tahun ini diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih, Peter Butler untuk bermula dalam kesebelasan utama pasukan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Chedly Zouiten, Tunisia.

Dalam perlawanan tersebut, Butler yang merupakan seorang jurulatih yang tidak asing dalam saingan saingan Liga Malaysia menerapkan formasi 3-5-2. Butler menggandingkan Kpah Sherman bersama pemain yang beraksi di eropah, Peter Wilson di bahagian serangan.

Bekas ketua jurulatih Kelantan, Terangganu & T-Team, Peter Butler kini berkhidmat bersama skuad kebangsaan Liberia.

Perlawanan ini menyaksikan Liberia meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Libya hasil jaringan Oscar Dorley, pemain muda yang beraksi bersama kelab terkemuka Republik Czezh, Slavia Prague menerusi sepakan penalti pada babak pertama.

Lebih menarik, Liberia dilaporkan hanya bermain dengan 10 pemain hampir sepanjang perlawanan apabila pertahanan tengahnya, Sampson Dweh diarahkan meninggalkan padang oleh pengadil seawal minit ke-9 permainan.

Kpah Sherman bersama rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Liberia.

Untuk makluman, pada perlawanan persahabatan menentang Mauritania, 11 jun yang lalu, Kpah yang dimasukkan sebagai pemain gantian gagal menyempurnakan sepakan penalti sekaligus menyebabkan pasukannya tewas tipis 0-1 kepada Mauritania.

Bagi aksi seterusnya, skuad Liberia dijadualkan bermain dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang pasukan yang berada di ranking ke-33 dunia, Algeria pada 17hb jun (18hb jun bagi Malaysia).

Ini merupakan kempen persediaan skuad kebangsaan Liberia sebelum mengharungi saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 bermula september kelak.

Featured Image: Liberia Football Association

(Visited 625 times, 1 visits today)
Close