Written by 4:11 pm Lain-Lain, Lifestyle

Suunto 9 Peak Dijual Mulai 17hb Jun – Harga Bermula RM2799

Pembuat jam tangan sukan berpangkalan di Finland, Suunto, telah melancarkan Suunto 9 Peak yang merupakan jam tangan paling nipis, kuat dan tahan lasak dalam sejarah Suunto.

Suunto 9 Peak dicipta untuk pengembaraan dan pengalaman puncak dengan reka bentuk nipis dan anggun yang selesa di pergelangan tangan.

Ia mempunyai kapasiti rakaman GPS sehingga 170 jam dalam mod Tour, pengukuran kandungan oksigen darah, pengisian bateri pantas (penuh dalam masa sejam) bagi memenuhi permintaan tinggi di kalangan peminat sukan dan pengembara.

Suunto 9 Peak Titanium Granit Biru
Suunto 9 Peak Titanium Birch Putih

Selain itu, Suunto 9 Peak dilengkapi dengan semua ciri utama yang dimiliki oleh keluarga Suunto 9 iaitu lebih 80 mod sukan seperti berlari, mendaki, berbasikal lasak, ski dan berenang, skrin yang memaparkan data latihan mengikut penyesuaian pengguna, sistem pengurusan bateri pintar, pemantauan denyutan jantung di pergelangan tangan yang tepat, tinjauan cuaca yang terperinci, serta keupayaan navigasi yang luas.

Aplikasi Suunto yang berintegrasi dengan Suunto 9 Peak membolehkan pengguna merancang perjalanan dengan berkesan menerusi peta panas yang dilengkapi dengan poin permulaan popular. Perancangan ini boleh dipindahkan ke jam tangan untuk navigasi secara luar talian. 

Aplikasi mudah alih itu memudahkan pengguna menjelajahi lokasi baharu, menanda tempat menarik dan meninjau pengembaraan terdahulu dengan peta panas peribadi. Selain itu, teknologi Bluetooth 5 yang baru telah menggandakan kelajuan segerak antara Suunto 9 Peak dan aplikasi Suunto.

Suunto 9 Peak Hitam
Suunto 9 Peak Kelabu Lumut

Suunto 9 Peak terdapat dalam dua model dengan empat warna yang diilhamkan dari alam semulajadi iaitu Titanium Granit Biru, Titanium Birch Putih diperbuat daripada kaca safir dan titanium gred 5 (RM3,199) serta Hitam dan Kelabu Lumut yang dihasilkan daripada kaca safir dan keluli tahan karat (RM2,799).

Suunto 9 Peak yang terbaharu akan dijual melalui platform e-dagang Lazada, Shopee, SolarTime.com serta semua kedai jualan a.d time mulai 17hb jun.

(Visited 55 times, 1 visits today)
Close